TA’ARUF

Nikah Abg Yen-000092

Pada tanggal 24 Julai 1983 Mohd Azrin dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Samsudin dan Salmah. Nama yang dipilih amat sesuai untuk diri yang dahaga kasih dan sayang Ibu dan Ayah.

Tempat awal belajar solat sudah semestinya di Tadika…al-Ehkam namanya. Mungkin masih ada, atau lebur ditelan zaman. Amat banyak pahala guru-guru di sana, kerana bacaan dalam solat masih diingati sehingga sekarang.

Sudah cukup dewasa apabila menjangkau umur 7 tahun dihantar ke sekolah asrama di ceruk hulu negeri Kedah ketika itu Kuala Ketil (kini dah maju alhamdulillah) untuk menduduki darjah 1 dan 2. Banyak pengalaman waktu itu yang ingin dikongsi bersama pembaca, akan tetapi ruangannya bukan di sini.

Darjah 3 tidaklah se-hulu Kuala Ketil, kerana alamatnya Kg. Tengah Derang, Pokok Sena juga di Kedah. berada di darjah 3 tidak lama, dalam dua bulan, kemudian dipindahkan ke darjah 4, dalam istilah lain “lompat kelas”. Jadi untung satu tahun dalam medan pengajian (tuntutlah ilmu dari buwayan hingga ke liang lahad).

Sampai tamat Thanawi 6 (tingkatan 6) di Kg. Tengah Derang. Pengalaman di situ pun banyak juga, maaf..amat banyak. Di ruangan lain kita cuba kongsikan insyaAllah.

Hati kecil berbisik “jom ke Syria” untuk sambung pengajian pada awal tahun 2001. Tapi Allah tahu akan keperluan hambanya, di mana akan berkhidmat kelak, kepada siapa diri ini akan diserahkan. Maka takdir menetapkan bumi San`a di Yaman tempat menuntut ilmu dan pengalaman.

Empat tahun setengah terdidik dengan al-Qur’an dan al-Sunnah memberikan kesan yang mendalam dibenak kalbu. Universiti al-Iman yang menjadi duri dalam daging musuh Islam telah mengeluarkan ramai Da`i yang tidak “bakhil” mensedekahkan ilmu kepada masyarakat setempat dan dunia sekalipun. Semoga Allah mengurniakan pahala yang banyak kepada Syeikh Abdul Majid al-Zindani.

Abah dan Mak tersayang
Abah dan Mak tersayang

Bulan Jun 2005 adalah tarikh untuk bertemu semula keluarga di Malaysia yang sejak empat tahun lalu meninggalkan mereka. Rindu dihati amat terasa. Alhamdulillah empat tahun setengah itu seolah-olah seperti sehari semalam sahaja. Itulah manusia apabila jejak bumi sendiri mulalah rindu menjangkau ke bumi orang. Dibiarkan perasaan itu berlalu pergi.

Abu `Ukasyah dan Ummu `Ukasyah
Abu `Ukasyah dan Ummu `Ukasyah

Bulan Ogos 2005 kehidupan mula berubah, dulunya bujang, kini ditemani wanita sejati (Munirah). Kurniaan itu disyukuri, ditambah pula seorang cahaya mata yang bernama `Ukasyah bersedia menjadi penghibur sepanjang masa.

Apa pun yang terjadi selepas ini, di manakah khidmat saya diperlukan…”Dakwah” tetap menjadi keutamaan insyaAllah. Dengan itu hati ini telah memilih Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai medan untuk berbakti kepada ummah. Semoga jalan yang dipelopori oleh Imam al-Syahid Hassan al-Banna berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah ini akan terus berkembang dan diterima di seluruh dunia…Amin.

6 comments on “TA’ARUF

  1. salam,
    muallim!! tq banyak2 sudi melawat blog ana.. ermm muallim still kat hira’ lagi ngan muallimah munirah?? ana rindu kat skolah.. 🙂 muallim, muallim terlupa something… lupa nak comment.. kan??
    kirim salam kat muallimah ye.. lagi satu, comel anak muallim!! :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s