HARI INI YANG GELITA

Dulu, saya masih ingat bagaimana hebatnya Islam, hari ini ia sudah hilang taringnya. Dulu saya terbaca kekuatan yang ada pada tentera Salahuddin al-Ayyubi, kini semuanya menjadi bahan dalam buku sejarah belaka. Saya masih dapat melihat kesan-kesan bangunan zaman silam, zaman kegemilangan ummah ini..Kini ia hanya menjadi tatapan pelancong semata.

Ketika saya ke Turki atas urusan kerja (wakil Aman Palestin), seminar yang dianjurkan itu diadakan di Istanbul. Saya melihat dengan hati yang pedih kerosakan akhlak dan moral bangsa Turki. Saya hanya mampu berkata…Mereka Yahudi dan Nasara memang berjaya!!!

Walaupun hanya berada selama dua hari di sana, saya tidak melepaskan peluang untuk bersiar-siar di luar hotel penginapan. Masa sungguh berharga. Pada malam pertama di sana sebelum majlis perasmian seminar, saya mengambil kesempatan untuk meninjau kedai-kedai jualan. Sepanjang jalan saya melihat orang-orang Turki tidak hirau dengan kelibat anjing di sekitar mereka, bahkan menyentuhnya dengan penuh selamba. Hati saya terdetik mengatakan mungkin ini adalah pegangan mazhab mereka yang tidak menganggap anjing sebagai najis mughallazah.

Saya terus berjalan, sempat melihat kedai barangan menjual perkakasan “membela” anjing. Saya terus berjalan melihat pula restoran ala-ala cafe yang menjual minuman keras, hujung mata saya agak liar melihat wanita-wanita turki berbiaca sesama mereka di cafe tersebut sambil mulut mengeluarkan asap tebal rokok..Oh…inilah budaya bangsa Turki yang telah lama dijajah, mungkin mereka sudah selesa dengan cara hidup begini.

Tak banyak masa yang ada untuk bersiar-siar di luar hotel, kerana sepanjang dua hari di sana saya dan peserta lain sebok mendengar isi seminar dan pembentangan idea-idea daripada masyayikh terunggul berkaitan isu Palestin.

Hari terakhir sebelum berangkat pulang ke bumi Malaysia tercinta, saya mengambil kesempatan yang singkat untuk pergi ke masjid berdekatan. Walaupun sudah mendirikan solat Asar secara jama` taqdim, hati saya tetap bertegas untuk ke masjid berdekatan. Tujuan utama saya adalah untuk melihat bagaimanakah penerapan adat bangsa Turki mendirikan solat berjemaah di masjid.

Telahan saya tepat apabila melangkah sahaja masuk ke dalam masjid, suasana benar-benar berbeza. Mereka bagaikan bangsa Arab ketika menunggu waktu solat. Pakcik-pakcik semuanya menunggu di saf hadapan sementara menanti azan dikumandangkan. Manakalah ada kerusi yang disusun  di bahagian belakang sekali, semua kerusi itu diduduki oleh para orang tua yang uzur tak mampu berdiri ketika solat.

Muazzin di belakang sekali bersama mereka yang uzur. Mereka solat berjemaah…Selesai solat, yang mengetuai zikir selepas solat adalah Muazzin tadi..beliau mengetuainya sehingga doa, manakala imam hanya membaca doa penutup sahaja. Hati saya begitu terdetik untuk mengambil peluang berbicara sebentar dengan pak imam, tapi gelagat imam begitu “kelam-kabut” untuk melaksanakan tugasan lain. Takpalah, mungkin peluang datang ke Turki buat kali yang seterusnya akan saya gunakan untuk interview imam di mana-mana masjid.

Dalam masjid saya membelek buku-buku yang  disusun rapi dalam rak, tidak ada satu pun buku-buku yang ditulis dalam bahasa Arab atau tulisan Arab. Saya selak lagi buku-buku yang ada, tidak juga saya dapati buku-buku yang ada tulisan “khlifah” atau seumpama denganya “Khaliph” / “Chalifh” / “Kaliph” (mana tau kot2 ejaan dalam Turkinya begitu”. Bukan apa, bila terkenangkan dahulu turki adalah tanah Khilafah Islamiyah, sudah pasti ada tulisan sejarah ke-Khilafaha-nya..umpama Melaka yang suatu ketika dahulu bumi hebat, kini ia pun umpama Turki yang hanyut dibuai onak ideologi penjajah.

Allah Akbar…Gembira dapat melihat gelagat bangsa Turki yang sebelum ini saya hanya baca dalam buku-buku atau kitab-kitab sahaja.

Walaupun ustaz yang bersama-sama saya dalam musafir itu berkata, kini Turki lebih baik daripada dahulu..Hati saya tetap berkata bangsa Turki masih lagi jauh dengan Islam, pemisahan antara agama dan kehidupan masih lagi ketara.

Hakikat pula berkata….”Bangsa yang jauh dari Islam, pasti gelita masa depannya…”

Advertisements
By bahteradakwah

IKHTILAT …..

Assalamulaikum semua..Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa kita yang telah lalu. Suka untuk saya berkongsi dengan para pembaca tentang “ikhtilat”. Sebelum saya menulis lebih panjang, ingin saya ucapkan terima kasih kepada Saudari Aisyah. Beliau yang meminta agar saya menulis tajuk ini.

Rakan pembaca yang dikasihi sekelian. Agak sukar untuk kita menentukan manakah perbuatan yang tergolong dalam bab ikhtilat dan perbuatan manakah pula yang tidak tergolong dalam bab tersebut.

Ikhtilat dalam erti bahasa Melayu adalah percampuran atau pergaulan. Ia digunakan dalam konteks antara percampuran lelaki dan wanita atau pergaulan antara dua jantina tersebut.

Apabila kita melihat pada tulisan-tulisan para ulama’, akan kita dapati di sana teori-teori daripada al-Qur’an dan Sunnah sendiri yang membicarakan soal ikhtilat. Dengan istilah yang lebih tepat adalah panduan-panduan daripada kitab Allah swt dan Sunnah Nabi saw. Tajuk yang diberikan pada tulisan-tulisan mereka sudah memadai untuk kita membuat kesimpulan bahawa ikhtilat itu salah dan dosa dari sudut agama.

Akan tetapi apabila kita melihat kepada kehidupan realiti hari ini, bagi meng-implimentasi karya-karya para ulama’ yang bersandarkan kepada al-Qur’an dan Sunnah, sudah pasti tidak mudah mengikutinya secara rapi dan sempurna, kerana ia tampak terlalu ketat dan “syadid”.

Kenapa berlaku begitu?

Masakan tidak..Apabila kehidupan kita hari ini, khususnya di Malaysia. Wanita-wanita bekerja bahkan digalakkan untuk bekerja atas alasan membantu meringankan beban suami dan mencari nafkah bersama. Atas dasar itu, batasan-batasan percakapan, tunduk pandangan, berdiri sebatu jauhnya untuk memberikan sebarang arahan kepada golongan berlainan jantina, adalah sesuatu perkara yang tidak masuk akal boleh berlaku sedemikian.

Cuma Islam telah menggariskan panduan-panduan agar manusia yang bernama Muslim tidak melangkauinya jauh daripada batas yang telah ditetapkan, asalkan usul syari`at itu masih dipelihara.

Mari sejenak kita melihat karya Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi. Beliau telah menulis dalam kitabnya “al-Halal wa al-Haram fi al-Islam”. Terdapat beberapa bab atau tajuk perihal lelaki dan wanita. Boleh lihat dalam Bahasa Arab, terbitan “Maktabah Wahbah” m/s 134.

Antara sub topik yang dimuatkan dalam tajuk “al-Gharizah” ialah: Jangan kamu dekati zina, Bersendirian dengan ajnabiyah (bukan mahram) adalah haram, Memandang kepada bukan mahram dengan syahwat, Batas kebenaran memandang kepada lelaki atau wanita dan lain-lain.

Kesimpulannya adalah:

1. Sesuatu perkara yang boleh membawa kepada fitnah, tidak kira apa jua jalan atau cara, ia adalah ditegah dalam Islam.

2. Sabda Baginda saw: اياكم والدخول على النساء : “Jangan sesekali kamu masuk (bersama-sama) wanita (bukan mahram). HR Bukhari dan Muslim.

3. Sebaiknya kita mengambil pengajaran daripada firman Allah swt: واذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب ذلكم أطهر لقلوبكم وقلوبهن : Apabila kamu meminta sesuatu benda daripada mereka (isteri-isteri Nabi @ wanita yang bukan mahram) maka mintalah melalui belakang tabir, yang demikian itu lebih suci untuk hati kamu dan hati mereka. Surah al-Ahzab ayat 53.

Berkata Imam al-Qurthubiy: Ini semua adalah untuk memelihara diri daripada fitnah, keraguan, tohmahan dan cara ini adalah cara yang paling kuat dalam memelihara fitnah liar. Ia juga akan terpelihara daripada bahaya-bahaya (hati) yang ada pada lelaki mahupun wanita.

4. Ikhtilat juga punca berlakunya pandangan yang bernafsu kepada wanita atau lelaki yang bukan mahram. Kerana disebutkan mata itu adalah kunci kepada hati, pandangan adalah utusan fitnah dan postman (pengutus) kepada zina. Dalam satu syair Arab disebutkan:

كل الحوادث مبدأها من النظرومعظم النار من مستصغر الشرر

Ertinya: Setiap perlakuan jahat itu mulanya daripada pandangan……………Dan sebesar-besar neraka adalah daripada sekecil-kecil kejahatan.

Sebagai manusia, jangan sesekali kita fikir yang kita terselamat daripada hasutan syaitan, semua itu mulanya daripada pandangan, kerana itu ada penyair Arab lain menyebutkan:

نظرة, فابتسامة, فسلام فكلام, فموعد, فلقاء

Ertinya: Pandangan, senyuman dan salam………….Perbualan, perjanjian dan pertemuan

5. Maka yang demikian lebih baik kita menjauhi dan menjaga diri kita daripada terjerumus kepada lembah ikhtilat yang akan menjadikan kita mangsa kepada habuan syaitan durjana.

Apa jua alasan kita, samada kerja, memberi arahan dan mesyuarat, sepatutnya kita memelihara diri kita daripada terjerumus kepada lembah ini. Ingatlah syaitan menanti-nanti detik kejatuhan kita. Tidak salah untuk berkomunikasi dengan insan yang bukan mahram dalam urusan-urusan kerja dan sebagainya, asalnya batas agama tetap dipelihara, adab pergaulan mesti dijaga.

Jagalah senyuman anda serta perilaku anda dihadapan wanita atau lelaki yang bukan mahram. Kerana setiap manusia diciptakan bersamanya “nafsu”. Apabila anda bercakap dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram, pastikan anda bernada “TEGAS”. Panggillah dia dengan panggilan yang tampaknya tidak “manja”. Kerana hembusan “Naseem” akan menodai telinga para manusia yang dengki kepada anda.

*Naseem = Angin sepoi bahasa

By bahteradakwah

RAMADHAN DAN DO’A

Seperti yang kita maklumi bahawa, doa adalah senjata bagi orang mukmin, ini dinyatakan oleh Baginda s.a.w sendiri dalam sebuah hadith.

Maka menjadi kebiasaan bagi seorang mukmin apabila selesai daripada mengerjakan solat, kita akan menadah tangan memohon kepada Ilahi.

Sesungguhnya kehadiran Ramadhan menjadi sejuta rahmat bagi umat Islam, kerana padanya langit dibuka dengan luas oleh Allah s.w.t untuk sesorang hamba itu memanjatkan doa kepadaNya.

Pernahkah kita benar-benar memohon kepada Allah s.w.t agar segala dosa kita diampunkan? Pernahkah kita menangis tersedu-sedu memohon agar tidak dihumban oleh Allah s.w.t ke dalam api neraka? Pernahkah kita ter-ingin sesuatu kelazatan dunia, lantas kita bersungguh-sungguh memanjatkan doa dan meminta agar keinginan kita dipenuhi oleh Allah sw.t?

Maka Ramadhan yang datang ini adalah satu peluang yang hebat untuk kita bersegera menyeru dan meminta kepadaNya. Segala tuntutan kita pasti akan terlaksana.

Mengapa tidak? Mari kita renungkan bersama-sama pada ayat Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah 186. Saat ketika Allah s.w.t menutup cerita tentang ke-fardhuan puasa pada ayat-ayat sebelumnya, yang mana dimulai pada ayat 183, Allah s.w.t akhirinya dengan ayat 186 ini:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang Aku, maka kataknalah Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.

Perhatikan pada ayat ini, kedudukannya selepas perintah berpuasa seolah-olah memberi gambaran kepada kita bahawa Ramadhan adalah bulan berdoa. Ia tidak lari daripada sabda Baginda s.a.w yang saya sebutkan di atas, pintu langit dibuka oleh Allah s.w.t seluas-luasnya untuk mendengar apa sahaja permintaan hambaNya asalkan mereka patuh kepadaNya. Allah s.w.t pasti dengar dan pasti mengurniakan segala permohonan kita.

Ayuh!! Marilah kita banyakkan berdoa, samada kehendak dunia mahupun kehendak akhirat, Allah s.w.t amat jauh daripada sifat bakhil.

By bahteradakwah

BOWLING – WASILAH DAKWAH KEPADA BELIA

PEMBINA Bowling Retreat 2010 Mencungkil Bakat Terpendam

Media SAK | Jul 15, 2010 | 0 comments

Juara PEMBINA Bowling Retreat 2010

SHAH ALAM, 10 Julai – Buat julung kalinya Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Shah Alam Klang atau ringkasnya PEMBINA-SAK telah menganjurkan satu pertandingan bowling bertempat di Ole-ole Superbowl, Shah Alam. Pertandingan berbentuk santai ini di sertai oleh 42 peserta mewakili 14 pasukan walaupun pada awalnya penganjur hanya mensasarkan 30 peserta untuk menyertai pertandingan ini. Pendaftaran saat akhir beberapa pasukan walaupun menyebabkan berlaku sedikit kekalutan namun pertandingan dapat di jalankan dengan lancar.

Edisi pertama pertandingan bowling atau PEMBINA Bowling Retreat ini berjalan dengan penuh sengit dengan beberapa pasukan yang di wakili peserta amatur mula menunjukkan kemahiran balingan masing-masing. Tidak di lupa juga aksi hebat beberapa pasukan yang di wakili oleh beberapa remaja cilik berusia 15 tahun.

Sebahagian daripada peserta bersedia untuk berentap

Selepas berentap selama 2 jam, akhirnya juara edisi sulung PEMBINA Bowling Retreat telah dapat di tentukan. Tempat ketiga telah di menangi oleh Pasukan dari Management and Science University (MSU). Manakala pasukan dari UiTM Shah Alam telah mengungguli tempat kedua dan ketiga. Peserta terbaik dengan balingan purata sebanyak 159.5 telah di raih oleh Saudara Din dari pasukan UiTM. Selain tiga hadiah utama berupa medal, setiap peserta pertandingan juga di berikan sagu hati kenang-kenangan berbentuk badge dan keychain khas PEMBINA Bowling Retreat. Semua hadiah telah di sampaikan oleh Saudara Asmadi selaku wakil PEMBINA SAK.

Dalam ucapan penutup oleh wakil PEMBINA SAK, Saudara Asmadi menegaskan perihal pentingnya untuk remaja dan belia mengisi masa lapang dengan berfaedah agar tidak terjebak dengan masalah sosial yang melanda masyarakat Melayu Islam hari ini. Beliau juga mengingatkan para peserta mengambil peluang seperti kali ini untuk berkenal-kenalan dan merapatkan ukhuwwah sesama ahli PEMBINA.

Wakil PEMBINA SAK, Saudara Asmadi Samad

Di akhir ucapan, Saudara Asmadi Samad mengajak semua peserta untuk sama-sama menyertai PEMBINA sebagai sukarelawan bagi menjayakan aspirasi persatuan untuk melahirkan satu generasi belia yang berwawasan, berketrampilan dan aktif selain menjadikan Islam sebagai asas kehidupan.

PEMBINA Bowling Retreat di akhiri dengan sesi fotografi dan juga bersalam-salaman. Secara keseluruhannya, program kali ini Berjaya mencapai objektifnya untuk menerapkan gaya hidup sihat berlandaskan Islam secara santai. Konsep santai ini akan di teruskan dengan program PEMBINA yang akan datang seperti Syawal Gathering dan Paintball Challenge. Di harapkan semua peserta kali ini akan dapat bersama dalam program PEMBINA yang lain dan juga mengajak sahabat mereka yang lain untuk sama-sama menjayakan program-program mendatang.

Mohd Hazwan Ab Halim
Wartawan
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Cawangan Shah Alam Klang

Sebahagian daripada cebisan kenangan :

By bahteradakwah

TANJONG PAGAR TANAH AIR ISLAM

Posted on 1 Julai 2010 by Ustaz Halim (Timb. Presiden ISMA)

Tanjong Pagar railway station.jpg

Tanjong Pagar, di tengah-tengah bandaraya Singapura. Ia bukan isu stesen, pembangunan atau koporat, akan tetapi ia adalah isu tanah, kedaulatan serta maruah Agama dan umat.

Dalam perjuangan umat sepanjang sejarah kemanusiaan, penambahan atau pengurangan tanah atau wilayah jajahan adalah salah satu petujuk (indicator) akan turun naiknya kekuatan dan ketamadunan umat tersebut. Memerintah bumi merupakan salah satu kemuncak kejayaan sesebuah umat dan merupakan anugerah Allah yang paling besar apabila Dia hendak mengagungkan mereka. FirmanNya bermaksud, “Kami hendak menganugerahkan kepada mereka yang tertindas di muka bumi dan Kami hendak menjadikan mereka pemerintah, dan Kami hendak menjadikan mereka yang mewarisi (wilayah  dan negara)”. Sabda Rasulullah saw kepada Buhaira bin Firas, seorang kafir, yang meminta digilirkan kuasa pemerintahan kepadanya selepas Rasulullah saw, bermaksud, “Sesungguhnya bumi ini milik Allah. Dia akan mewariskannya kepada siapa yang Dia kehendakki. Kesudahannya nanti adalah untuk orang-orang yang beriman”.

Tanjong Pagar, salah satu warisan tanahair Islam peninggalan umat Islam yang terdahulu.

Papan tanda “Selamat Datang ke Malaysia” di tanah Tanjong Pagar menunjukkan di sana masih ada tanahair Islam yang mesti dipertahankan.

Tanjong Pagar adalah sekeping tanah Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandaraya Singapura. Ia merupakan tanah warisan pemerintahan Islam turun temurun sejak datang nya Islam ke Kepulauan Tanah Melayu. Apabila Tanjong Pagar pernah diperintah oleh Islam di bawah Sistem Islam walau sebentar, apatah lagi berabad-abad lamanya, ia merupakan salah satu dari Tanahair Islam yang mesti dipertahankan oleh umat Islam selamanya. Namun pada 24 May 2010 yang lalu, tanah Islam yang dicagar dan sepatutnya bertahan selama 999 tahun di bawah tadbir umat Islam Malaysia kini telah dipersetujui bersama akan berakhir pada 1 Julai 2011, lebih 900 tahun lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

Pulau Batu Putih, Johor.

Oleh itu isu mempertahankan tanah atau wilayah adalah terlebih dahulu merupakan isu kedaulatan dan maruah, sebelum isunya berkait dengan pembangunan dan dunia koporat. Di atas asas inilah, kita meratapi jatuhnya salah satu tanahair Islam, Pulau Batu Putih (ku tangisi perpisahan ini) ke tangan Singapura pada 23.5.2008 yang lalu walaupun ia hanya merupakan sebuah kumpulan batu kecil di tengah lautan berhampiran negeri Johor yang tidak mempunyai nilai pembangunan dan koporat yang setanding dengan pulau dan tanah yang lain.

PM Najib dan Lee Hsien Loong, PM Singapura

Jika seorang Islam murtad, apatah lagi beliau dari orang kebanyakan sahaja, hanya seorang diri , beliau tidak akan memberi kesan ketara kepada kekuatan dan ekonomi umat Islam secara kesuluruhan, akan tetapi kemurtadannya memberi kesan dan menconteng maruah di muka umat Islam itu sendiri. Hakikatnya isu Tanjong Pagar, sepeti mana isu Pulau Batu Putih, Andalus, Palestin dan tanahair-tanahair Islam yang lain adalah merupkan isu kedaulatan dan maruah yang difardhukan oleh Islam untuk kita mempertahankannya yang akan dipersoalkan oleh generasi Islam akan datang dan disoal oleh Allah swt di Hari Kiamat.

Mereka yang kurang memahami Fiqh Islam akan mengatakan bahawa umat Palestin di Gaza berjuang mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Mereka tersilap. Tiada Masjid Al-Aqsa di Gaza, Palestin. Masjid Al-Aqsa terletak di Tebing Barat, Palestin. Akan tetapi hakikatnya, umat Islam Palestin mengorbankan ribuan syuhadak dan jutaan yang sanggup berlapar dikepung di setiap sempadannya semata-mata kerana mempertahankan tanahair Islam dar dijajah dan maruah Agama Islam dari dicemari.

Sejarah manusia menunjukkan mana-mana umat yang leka dan lalai, tidak ada daya juang dan kesanggupan untuk berkorban, akan diliputi kehinaan dan akan kehilangan wilayah dan tanah jajahan mereka sedikit demi sedikit. “Allah tidak akan merubah nasib mereka melainkan mereka merubah apa yang ada di dalam diri mereka sendiri” (Al-Quran). Sebaliknya jika mereka berubah, mencintai dan berusaha kearah kehebatan dan keagungan, Allah swt mengurniakan mereka tanah-tanah jajahan yang baru. (Foto: Konsert Search & Wings di KL dihadiri 20,000 penonton Melayu Islam Malaysia pada 1.5.2010. Tiga minggu selepas itu mereka kehilangan Tanjong Pagar, sekiranya mereka menyedari … ).

Isu mempertahankan tanah, maruah dan kedaulatan bukan semata-mata menyangkut pemerintah dan kerajaan, akan tetapi ia juga adalah neraca dalam menilai sesebuah umat. Pemerintah tidak lain melainkan cermin kepada umatnya sendiri. Kerajaan yang lalai adalah lahir dari umat yang lalai dan megambil kesempatan dari kelalaian mereka. “Firaun memperbodohkana kaumnya lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik” (Al-Quran).

“Sesungguhnya membina umat-umat, mendidik masyarakat, berusaha mencapai cita-cita dan memenangkan prinsip-prinsip menuntut dari umat yang berusaha ke arah itu atau dari kumpulan yang menyeru ke arah tersebut sekurang-kurangnya memiliki kekuatan jiwa yang hebat yang dapat dilihat dalam beberapa aspek: Kemahuan yang kuat yang tidak dihinggapi penyakit lemah,kesetiaan yang teguh yang tidak dikotori oleh sikap kompromi atau pengkhianatan, pengorbanan yang besar yang tidak dihalang oleh sikap tamak atau bakhil, mengenalim meyakini dan menghormti prinsip yang memeliharanya dari kesilapan, penyekewengan, bertolak ansur atau tertipu oleh pihak lain” [Imam Hasan Al-Banna: Risalah Kearah Mana Kita Mengajak Manusia].

Adalah tidak terlewat bagi umat Islam untuk bangkit dan sedar dari lamunan mereka yang panjang. Allah swt tidak menciptakan mereka lalu membiarkan mereka tanpa pedoman. Sebaliknya Allah swt menurunkan Al-Kitab sebagai panduan, mendatangkan Ar-Rasul sebagai ikutan dan mengurniakan mereka bebagai nikmat dan kelebihan untuk mereka berlumba-lumba dalam berjuang …

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

By bahteradakwah

BOLEHKAH MEREKA DIPERCAYAI LAGI ???

Ini bukan kali pertama dan bukan juga kali kedua. Tetapi sudah beberapa kali Pengerusi DAP, YB Karpal Singh secara tegas, terang dan lantang mengatakan bahawa Malaysia bukan negara Islam dan DAP tidak akan sekali-kali berganjak dengan pendirian mereka untuk tidak membenarkan negara Islam terbentuk di Malaysia jika PR berjaya menawan Putrajaya.

Inilah sedutan dari kenyataan beliau yang dilaporkan dalam The Malaysian Insider:

“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

“Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider.

Karpal menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.

Karpal kelihatan terkejut apabila disebutkan bahawa PAS dalam ceramah-ceramahnya memaklumkan bahawa DAP sudah menerima konsep negara Islam secara perlahan-lahan dan menghormati pendirian PAS dalam hal itu.

“Pada 1988, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular,” katanya. “Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik saya mengatakan (bina) ‘negara Islam dengan melangkah mayat saya’,” katanya.

Jelas sekali bahawa mereka ingin merampas tampuk pemerintahan negara bukan untuk memartabatkan agama seperti kata beliau.

“Kita pernah menjalin pakatan pada masa lalu tetapi kita gagal. Apa yang membezakan sekarang ialah kami bersatu dalam mengetepikan musuh bersama iaitu Barisan Nasional. Buat masa sekarang, yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN,” katanya.

Apa akan berlaku selepas PR mengambil alih kerajaan persekutuan nanti?

Karpal mengakui bahawa beliau belum dapat melihat bagaimana PAS atau DAP boleh berkompromi dalam isu ini.

“Akan tiba masa nanti apabila kita perlu menghadapi hakikat ini. Bagaimana kita akan berkompromi? Jika DAP berkompromi, ia bermakna ia menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan jika PAS berkompromi, bermakna ia menerima negara sekular dan ini akan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.”

“Apa yang menyatukan Pakatan ialah PKR. Tanpa PKR ia akan kelihatan seperti yang sama sebelum ini,” kata Karpal.

Pemimpin-pemimpin DAP masih meletakkan harapan bahawa PAS akan mengubah pendiriannya dalam isu negara Islam. “Pemimpin-pemimpin PAS yang liberal, progresif merupakan kunci dalam mencapai persefahaman ke arah kompromi yang baik,” katanya lagi.

Kenyataan ini benar-benar telah mencabar umat islam di negara yang tercinta ini. Keberanian mereka dalam menyatakan hak dan pandangan mereka semakin hari semakin lantang dan diulang secara jelas dan terang. Saya amat yakin ini bukan hanya kenyataan individu tetapi adalah pendirian parti dan juga mereka yang sentiasa melaungkan kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan berpolitik, kebebasan wanita dan bermacam kebebasan lagi. Semua ini mereka selindung dalam istilah “Human Rights”. Tidak dinafikan sebahagian dari seruan mereka itu ada kebenarannya terutama yang melibatkan undang-undang ISA dan yang seumpamanya tetapi yang ramai umat islam tidak sedar ialah mereka juga menuntut hak sama rata dalam beragama. Ertinya jika orang Islam boleh berdakwah kepada orang kafir maka mereka juga boleh berdakwah kepada orang Islam.

Saya tidak nampak ini isu politik atau isu untuk mendapat dokongan majoriti rakyat tetapi ini adalah isu kemuliaan agama Islam yang jelas diperkecilkan oleh mereka. Apapun alasan yang diberikan ia jelas merupakan satu tamparan hebat kepada pejuang Islam. Mereka bukan saja mencabar malah men”dictate”kan kepada kita. Ini satu suasana yang sangat membimbangkan apabila pihak musuh Islam berani meletakkan syarat dalam negara yang majoritinya adalah umat Islam.

Di mana izzahnya pejuang Islam? Adakah mereka ini boleh kita bawa berbincang? Bolehkah mereka dipercayai?

Saya sangat hairan, dalam keadaan mereka begitu tegas dengan pendirian terhadap Islam, masih ada lagi umat Islam yang “thiqah” dengan mereka. Tidak kurang juga ada yang kagum dengan “keikhlasan” mereka ini sehingga sanggup berkompromi dalam banyak perkara.

Aminuddin Yahaya,
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog:
Suara Dari Gunung

By bahteradakwah

APA MESEJ GOSPEL ? KALIMAH ALLAH DI SIBU

Daripada : Faisal Tehrani (http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/05/apa-mesej-gospel-kalimah-allah-di-sibu.html)

Saya ingin menarik perhatian pembaca Muslim yang mengikuti blog ini bahawa menurut Wong Ho Leng, calon DAP bagi pilihanraya kecil Sibu, “If elected, I will call upon the prime minister and home minister to immediately cease the legal dispute with the Christian churches over these matters to protect the freedom of religion in Malaysia for non-Muslims,”.

Sejak bila pula tiada kebebasan beragama di Malaysia?

Kira-kira 53 persen dari 55,000 pengundi di parlimen Sibu adalah penganut Kristian. (sumber di sini).

Dalam pada itu, Datuk Ngeh Koo Ham, seorang lagi orang kuat DAP, mengingatkan pengundi di Sibu, “If you don’t speak up now one day they will classify Christianity as subversive. The Christians of Sarawak must help the Christians of West Malaysia. It is tougher for us because we are only 10 per cent (of the population).” Beliau menyuarakan ‘perpaduan Kristian’ itu dalam satu majlis ‘An Evening with Pakatan Christian Leaders’ di salah sebuah hotel di Sibu.

Sementara itu pimpinan PKR, Datuk Tan Kee Kwong menyeru supaya hadirin di majlis itu ‘menyebarkan mesej Gospel’ seperti menolak ‘corrupt practices’.

“You cannot be fence-sitters anymore you must spread the message of the Gospel,” said Tan. (sumber di sini)

Saya ingin mengajak saudara-saudara membuka Hikayat Abdullah. Dalam hal ini, Munshi Abdullah, penerjemah dan penyunting pertama Bible (menurut Ngeh, al Kitab) dalam bahasa Melayu; ada menulis dalam karyanya, berbunyi begini (sengaja saya petik dari terjemahan Inggerisnya):
“It was therefore an easy matter to revise the text, and to rewrite it in the proper malay style. Nevertheless there still remained a few obscure phrases. For the missionaries did not approve of my changing a number of expressions which are not normally used by malays. Examples are kerajaan shoorga, mulut Allah, anak Allah, Bapa-mu yang ada di shoorga, kehidupan yang kekal and so on. They must necessarily sound awkward in the ears of any Malays who hear them in time to come. If the missionaries, that is, Mr Stronach, Mr North and Mr Keasberry, choose to put these mistakes right, very good…” (Lihat Hikayat Abdullah, MBRAS, jika terbitan terkini 2009 halaman 294.

Apakah pengajaran dari petikan pendek di atas?

1) Misionaris dari dulu sehingga sekarang tidak pernah lelah menyebar mesej Gospel. Ada-ada saja cara untuk ‘menyebar’ mesej Gospel. Dan mesej itu sendiri berbau ‘muslihat’. Harus diingatkan dari petikan di atas juga, 2) terjemahan ‘doktrin Kristian’ bukan datang daripada orang Melayu tetapi daripada misionaris sendiri, 3) penganut Islam-Melayu telah lama ‘mencurigai’ cubaan menggunakan kalimah Allah bagi agama Kristian dan, 4) bahawasanya setiap era dan zaman akan ada manusia Islam seperti Munshi Abdullah ‘yang terpedaya’. Dan PAS serta pimpinannya, silap-silap UMNO pun sama, boleh sahaja ‘tertipu’ atau ‘merelakan diri ditipu’ dengan pelbagai helah dan muslihat misionaris tanpa disangka.

Jika dahulu misionaris ditolongi oleh orang seperti Munshi Abdullah, hari ini, gerakan misionaris telah didokongi oleh kumpulan Islam Liberalis. Saya menyeru dari hati sanubari saya supaya umat Islam yang tulen mengenepikan taksub kepartian dan berfikir waras. Tolaklah dan jangan terbangang lagi. Saya juga ingin mengingatkan pemimpin Melayu Islam dalam UMNO dan PAS supaya bermuhasabah diri dan mencegah mudarat yang bakal tiba ekoran isu sensitif ini. Dengan kebijaksanaan, tentunya.

By bahteradakwah

SIAPAKAH YANG MENAKUTKAN TENTERA HARAM ISRAEL INI ???

صور تکشف الذعر الذي أصاب جنود الاحتلال عقب فشل اقتحامهم الأول لمراكب

“أسطول الحرية

Ada seorang kenalan saya yang menceritakan bahawa tentera Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara tempoh hari dilihat ketakutan, sehingga mereka tertembak sesama sendiri..Ada yang meriwayatkan bahawa, terdapat beberapa pegawai perubatan yang turut seta dalam misi ini ingin mengubati mereka, akan tetapi tentera yang cedera itu kelihatan amat takut dan bertindak agresif serta pelik..Apakah yang menyebabkan mereka takut sehingga ke tahap itu? Siapakah yang menakutkan mereka pada waktu itu? Apa yang mereka nampak?? Apa pun, untuk kesahihan cerita, boleh bertanya sendiri kepada mereka yang terlibat dalam misi ini..

SubhanaLlah wa Bihamdih…

By bahteradakwah

Antara Dua LANUN…

Selalu sahaja dunia Islam dikaitkan dengan KEGANASAN..Awal tahun 2010 Somalia dikaitkan dengan pengganas di yang selalu mengganggu perjalanan kapal-kapal perdagangan, lalu mereka digelar “lanun”. Apabila ada kapal perdgangan yang merentasi lautan Aden di Yaman, kelibat lanun Somalia sering kelihatan. Sehingga semua negara Eropah berubah menjadi Superhero yang sanggup menawarkan diri untuk menyelamatkan kapal-kapal yang dirompak puak lanun ini.

Lanun Somalia yang tidak mendapat pengiktirafan dunia Barat

Apa jadi pada imej negara Yaman? Mereka dituduh sebagai negara yang banyak menyimpan kumpulan pengganas. Boleh saya simpulkan di sini beberapa perkara yang memburukkan imej negara Islam akibat daripada kerja lanun Somalia :-

1. Imej Somalia yang penduduknya majoriti Muslim telah tercalar, kerajaan Islam yang memerintah Somalia dianggap “haprak” kerana tidak cekap mengawal rakyatnya.

2. Imej Yaman sendiri buruk di mata masyarakat dunia, kerana kurang pantas mengawal Selat Aden daripada lanun Somalia yang menyerang kapal kontena perdagangan negara-negara pengesport-pengimport.

3. Pada hakikatnya Amarika Syarikat dan negara Eropah ingin sangat mengawal perairan atau Selat Aden itu. Kita jangan lupa akan permintaan Amerika Syarikat kepada kerajaan Malaysia beberapa tahun sebelum ini, bahawa mereka ingin sangat mengawal bersama Selat Melaka dengan tentera laut Malaysia dan Indonesia, atas alasan Malaysia dan Indonesia kurang memberikan kawalan ketat kepada kelibat para lanun. Syukur…Kerana kerajaan kita dan Indonesia pada ketika itu tegas tidak memenuhi hajat  Amerika Syarikat.

4. Peristiwa merancang keganasan ini adalah drama biasa yang sering diulang SKRIPnya oleh para pengarah Amerika Syarikat dan Eropah. Apabila berlaku sahaja letupan, rampasan dan keganasan, tawarannya adalah “Biar kami (AS, Eropah) yang mengawalnya”. Akhir sekali umat Islam dijajah dalam diam.

Ini semua adalah angkara tindakan lanun Somalia yang tidak diiktiraf, mungkin juga kerana lanun ini tidak lulus “lesen” merompak. Sudahlah senjata tidak lengkap, latihan rapi pun tiada, kain pelekat pun dijadikan seragam. Kasihan mereka dicekup dan ditangkap. Puncanya daripada AS dan Eropah, akibatnya mereka ditawan.

Yang ini pun lanun juga..

Kapal Mavi Marmara yang memuatkan keperluan asas kepada rakyat Palestin di Gaza

Peristiwa kapal Mavi Marmara yang diserang lanun berstatus Komando. Setiap manusia yang berjiwa manusia sama sekali tidak melupakan peristiwa ini.

Senjata lanun ini canggih, latihan mereka lasak dan hebat. Melihatkan dengan kekuatan 30 orang lanun sahaja, mereka mampu menawan lebih 500 sukarelawan dalam kapal itu. Mereka melepaskan tembak sesuka hati tanpa sedar diri.

Gaza yang dikepung+dilaparkan, dideritakan+diMATIkan (secara perlahan-lahan). Mereka menantikan bantuan daripada umat yang SEDAR…

Menanti dengan sejuta harapan

Mujur di sana masih ada jiwa yang hidup, menongkah arus melawan lanun yang lasak. Akibatnya, jiwa dicederakan, bahkan 19 daripada mereka dibunuh.

Di manakah tentera Amerika Syarikat yang sanggup menawarkan diri menjadi Superhero? Di manakah tentera Itali, Britain, Perancis dan lainnya?

Pada waktu ini, telinga mereka ditutup dengan kapas jenama {Ehud Barak}, mata mereka disilaukan dengan kilauan taring {Benjamin Netanyahu}. Lanun ini bahagia kerana tiada Superhero yang sudi memakai baju Superman, Batman atau Spiderman.

"Tiada kuasa dunia yang sanggup menangkap lanun ini". Imej daripada bot Lanun Israel yang sedang meneropong kapal Mavi Marmara sebelum diserang-hendap, mengorbankan 19 orang dan mencederakan sebilangan besar yang lain

Lanun-lanun ini adalah terdiri daripada mereka yang tinggal di kampung orang, menangkap ikan di perairan orang, merobohkan pondok orang, mendirikan banglo sendiri. Akhirnya mereka melaungkan “Inilah kampung KAMI”, “Laut ini perairan KAMI, siapa ceroboh, akan KAMI “MORTAR”kan dan “SNIPER”kan…Peluru getah tidak dijual di kampung ini, yang tinggal hanya peluru hidup”.

Pekikan dan laungan itu didengari dengan jelas oleh presiden Barack Obama. Maka beliau pun merasa takut, biar sahaja dibatalkan pertemuan dengan Benjamin Netanyahu, asalkan…jangan ditanggalkan jawatan “Presiden” di bahu.

Sungguh hebat lanun ini. Mereka sebanrnya lebih lanun daripada lanun-lanun. Inilah kisah antara dua lanun.

*Lanun tetap lanun…walau apa jua seragam yang dipakai

By bahteradakwah