Mengimpikan Umrah Yang Mabrur

Saya mendapat panggilan telefon daripada seorang kenalan yang tinggal di Putra Heights, Subang Jaya. Saya kenali beliau ketika beberapa kali menyampaikan kuliah maghrib dan subuh di surau beliau iaitu surau Nurul Islah. Namanya Maaruf, saya panggil beliau dengan nama Hj. Maaruf.

Panggilan telefon itu mengejutkan saya kerana dia meminta saya menyampaikan perkongsian ringkas dua jam berkaitan perlaksanaan umrah. Kebetulan saya baru sahaja berpindah kerja daripada sepenuh masa dengan Aman Palestin Berhad kepada pegawai di syarikat Maghfirah Travel Sdn Bhd.

Terus terang saya katakan kepada beliau bahawa saya tidak ada pengalaman menunaikan umrah apatah lagi haji. Lalu beliau berkata, “Tak mengapa ustaz, saya hanya ingin ustaz kongsikan perlaksanaan umrah dalam bentuk teori fiqh”. Kalau begitu permintaannya saya tidak kisah, asalkan dia berpuas hati dan saya juga gembira, kerana ini adalah pengalaman pertama saya berkongsi satu tajuk yang saya tidak pernah alaminya secara “real”, kalau pun sebelum ini pernah menyampaikan tajuk yang sama kepada anak-anak murid ketika mengajar di sekolah rendah Islam satu ketika dahulu. Kini tajuk yang sama saya akan kongsikan dengan orang yang pernah menunaikan haji dan beberapa kali ibadah umrah.

Hj Maaruf kata, bukan beliau seorang sahaja yang akan berada dalam majlis perkongsian itu nanti, bahkan ada lima orang yang lain daripada ahli keluarganya yang juga berpengalaman beberapa kali ke tanah suci ingin mengulang-kaji pelajaran yang sama. MasyaAllah, saya amat gementar kerana pengalaman mereka melebihi saya sebagai penyampai topik.

Alhamdulillah, pada malam yang telah dijanjikan sebulan sebelumnya, saya amat-amat gembira kerana saya dapat sampaikan tajuk ini dengan amat baik sekali (mengikut hemat saya) dan mereka berenam yang hadir amat berpuas hati dengan teori yang saya kongsikan. Saya berikan mereka teori dan mereka berikan saya gambaran praktikal di sana. Mereka dapat faedah daripada saya dan saya juga menggarap sebanyak mungkin pengalaman berharga daripada mereka.

Ditambah pula, dengan sokongan daripada bahan slide power point yang saya paparkan untuk tatapn keluarga Hj Maaruf. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada asatizah di Maghfirah Travel (Indonesia) di atas penyediaan slide power point yang amat menarik, mudah difahami, menyelitkan hadith-hadith sahih, gambaran perlaksanaan ibadah umrah mengikut cara Nabi saw, dimuatkan dengan gambar-gambar lukisan yang menarik perhatian penceramah dan pendengar. Saya sunting sedikit slide itu ke dalam bahasa Melayu (Malaysia) kerana terdapat beberapa istilah yang sukar difahami jika dikekalkan dalam bahasa Melayu (Indonesia).

Seusai perkongsian teori ibadah umrah bersama mereka, sempat juga saya tayangkan satu video perlaksanaan umrah “Eksekutif” Maghfirah Travel (Indonesia). Video itu amat menarik perhatian keluarga ini, walaupun mereka akan berangkat ke sana dengan syarikat lain, tetapi berdasarkan paparan video itu, isyarat wajah mereka menggambarkan kepuasan pakej “Eksekutif” Maghfirah Travel dan pakej ini amat baik kerana menjanjikan keselesaan kepada jemaah ketika melaksanakan ibadah di tanah suci.

Sebelum pulang, saya ajukan soalan kepada Hj Maaruf, daripada mana beliau tahu saya bertugas dengan Maghfirah Travel sehingga beliau menelefon saya untuk perkongsian malam ini? Lalu beliau menjawab “Daripada laman sosial Facebook”. MaysaAllah amat luas rangkaian facebook kita, kalau bukan daripada laman sosial peribadi saya kemungkinan besar daripada laman facebook Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd.

Secara peribadi perkongsian ilmiah ini menjadikan saya semakin rindu untuk melaksanakan ibadah umrah ini dalam keadaan yang selesa dan penuh ketenangan. Bagi saya biarlah belanjanya mahal asalkan saya tidak mengeluh saat melaksanakannya.

Inilah bumi barakah, bumi penuh ujian, kurangkan tekanan dengan fasiliti yang sarat dengan pengisian dan keselesaan. Ketenangan dan keselesaan amat perlu untuk membantu perlaksanaan ibadah yang sempurna. Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd sentiasa bersedia berkongsi pengalaman indah bersama para jemaah di tanah suci ini. Sabda Nabi saw yang bermaksud:-

“Sebaik-baik amalam ialah haji yang mabrur atau umrah yang mabrur”. HR Ahmad dan Tobrani.

“Dosa-dosa yang dilakukan selepas satu umrah diampunkan melalui umrah yang berikutnya”.

HR Bukhari dan Muslim

Advertisements
By bahteradakwah