Keluarga Adalah Ujian

Sebelum kahwin kita rancak berbicara soal dakwah dan tarbiyah. Sekarang bila sudah mendirikan rumah-tangga, baru tahu apakah ujian dan cabaran sebenarnya.

Oleh itu bagi saya, semangat pemuda itu mestilah dikawal agar tidak menyimpang dari kedudukan asalnya.

“Sekarang saya tahu beban yang dipikul, semangat muda amat perlu, tetapi gerak kerja cara orang muda susah sikit” Ungkap seorang Pakcik tua kepada saya ketika beliau menghadiri program perkhemahan.

Tidak dinafikan keluarga sedikit sebanyak mengekang gerak geri kita, tetapi pada hakikatnya jika kita pandai menyusun dan mengatur masa, kitalah yang mengawal kerja keluarga. Saya yakin anda mampu mengawal keluarga anda, bukan keluarga anda yang mengawal kerja anda.

Sebelum mendirikan rumah-tangga dan tidak dikurniakan anak, saya tidak mampu untuk tadabbur ayat Allah swt yang berbunyi :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ ۚ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya : Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’

Apa pun keluarga adalah ujian sebenar bagi seseorang dalam mengharungi kehidupan ini. Yang menjadikan kita seorang yang baik adalah keluarga kita, yang membentuk kita sebaliknya juga adalah keluarga kita. Berhati-hatilah dan jadilah pembimbing kepada mereka.

Selepas solat isya’ di masjid bersebalahan rumah, saya singgah sebentar di restoran tepi masjid untuk membeli makanan secara bungkus. Ketika berjalan kaki menuju ke rumah, saya disapa seorang ahli kariah dan jemaah masjid di situ, katanya ingin menceritakan masalah rumah-tangganya kepada saya. Kami tak duduk, bahkan secara berdiri di tepi jalan dia meluahkan satu-persatu masalahnya kepada saya. Perkara pertama sekali yang terkeluar dari mulutnya “Ustaz, saya nak lepaskan isteri saya sebab dia nusyuz”. Saya terkejut dengan apa yang dia sebutkan kerana dia orang yang saya kenal sebagai “kaki masjid”, anaknya pun dah ramai dan paling tua 24 tahun, tak sangka Allah kurniakan kepadanya isteri yang dia gelarkan sebagai “nusyuz”.

Tambahnya, isteri langsung tak dengar cakap, solat ditinggalkan tanpa rasa bersalah. Bahkan, tiga tahun membiarkan anak-anak dan suami berfikir sendiri tentang makan dan pakaian, tak pernah dia uruskan walaupun masih sebumbung.

“Saya tak sanggup tanggung dosa isteri saya lagi dan saya tak mampu nak berikan arahan kepadanya, dia juga dah enam kali minta saya ceraikan dia, alhamdulillah saya mampu bersabar serta anak-anak bersama saya. Cuma tahun ini saya sudah bertekad untuk lepaskan dia”. Terus saya tangkap apa yang dia luahkan, saya kata “Abang tak pernah menghukum isteri kan?”, “Benar ustaz”. Hati saya terus terdetik akan kelemahannya menegur isterinya, sedangkan syara’ berikan kelapangan untuk suami.

Lantas saya nasihatkan dia untuk pergi ke JAIS bagi mendapatkan nasihat daripada pihak yang ada autoriti. Lama kami bersembang sambil berdiri di tepi jalan utama, mungkin hampir satu jam.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah, tanggungjawab sebagai ketua rumah-tangga amat besar. Anda adalah dai`e dalam masyarakat, anda juga adalah ketua keluarga, dalam masa yang sama anda juga bertanggungjawab mencari nafkah buat keluarga.

Ya Allah..Amat berat tanggungjawab sebagai ketua, tetapkan hati kami dalam menyebarkan agamaMu kepada manusia, baik diri, keluarga dan masyarakat.

Keluarga adalah ujian :)…

Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s