SEKIRANYA AKU…

Sekiranya aku menjadi pegawai peng-agih zakat, nescaya aku akan:

1. Mencari seramai mungkin insan yang memerlukan untuk diberikan bantuan.

2. Aku akan membina sebuah sekolah untuk menyekolahkan anak-anak miskin yang layak menerima zakat.

3. Aku akan salurkan zakat kepada sekolah-sekolah agama yang ada di negeri aku.

4. Aku akan salurkan bantuan kepada para mereka yang memerlukan walaupun bertahun-tahun lamanya, kerana aku tahu kesusahan seorang fakir dan misikin yang hendak menyekolahkan anak-anak mereka.

5. Bantuan zakat yang aku salurkan, aku tahu tidak dapat mengubat kesusahan sang fakir, tetapi dapat menyenangkan anak-anak sang fakir saat mereka dididik dengan sistem persekolahan yang sempurna.

6. Aku akan bawa pembayar zakat untuk melihat hasil zakat yang mereka lunaskan melalui pejabat zakat.

7. Aku tak akan umumkan berapa hasil kutipan zakat, sebaliknya aku akan war-warkan baki yang “0” dalam akaun zakat. Supaya pembayar zakat tahu yang wang zakat mereka tidak dibekukan dalam akaun pejabat zakat.

8. Aku akan berusaha membina penempatan kepada mereka yang layak menerima zakat.

9. Aku akan membantu penerima zakat untuk memiliki perniagaan, agar kelak mereka juga mampu membayar zakat.

1o. Aku akan cukupkan gaji para pegawai zakat agar mereka tidak memikirkan cara lain untuk mendapatkan wang tambahan, selain berusaha gigih membantu umat Islam yang perlukan bantuan melalui zakat.

11. Aku akan bekalkan bajet yang secukupnya untuk meramaikan non-muslim memeluk agama suci ini.

12. Aku akan jaga akidah umat Islam dengan bantuan zakat.

13. Bila manusia bertanya “Kenapa kau manjakan para penerima zakat?”. Aku akan jawab “Jika tiada penerima zakat, maka tiadalah pahala bagi pembayar zakat”.

14. Aku akan tutup pintu usaha meng-kritian-kan anak bangsa agamaku.

15. Aku akan biarkan musuh-musuh Islam menggelupur mencari jalan merosakkan akidah anak bangsa agamaku kerana pintu kesusahan telah ditutup.

Ya Allah…Ampunilah dosaku dan dosa saudara-saudara seagamaku yang lalai membantu mereka yang lapar dan dahaga, lantas gereja-gereja menjadi tempat sandaran…Perbanyakkanlah buah fikiran kami untuk menutup pintu kemiskinan dan kefakiran saudara seagama kami…Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa!!!

Advertisements
By bahteradakwah

One comment on “SEKIRANYA AKU…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s