TIDAK SERUPA

Ini adalah tahun yang ke 28 saya menyambut aidilfitri. Alhamdulillah..Apa yang saya nampak adalah setiap kali menyambut aidilfitri perkara yang sama akan berulang. Sebagai contoh kegembiraan meraikan hari raya, ziarah menziarahi sanak saudara dan rakan taulan.

Cuma bezanya adalah setiap tahun aidilfitri disambut, keluarga yang menziarahi atau diziarahi begitu juga rakan dan taulan akan terlihat pada raut wajah mereka perubahan. Perubahan yang saya maksudkan adalah dari sudut fizikal. Perangai mungkin lebih kurang sama saja.

Perkara ini membuatkan saya terfikir bahawa setiap manusia pasti akan menemui suatu zaman yang mana dia akan membesar remaja, belia dan dewasa. Semua kita begitu rupanya. Cuma mungkin kita selalu melihat fizikal kita di cermin, menyebabkan kita menyangka bahawa kita adalah sama. Sama seperti dahulu kala, walaupun kita sudah berusia, kita tetap berkata pada diri kita yang kita masih seperti dahulu.

Yang nampak kita tidak serupa seperti dahulu adalah orang yang menziarahi kita atau yang diziarahi kita. Sedar atau tidak, masa berlalu begitu cepat. Patutlah ada maksud hadith yang menyatakan bahawa akhir zaman masa akan berlalu begitu cepat. Setahun rasanya seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari dan sehari seperti ????

Ramadhan sudah berlalu pergi, tiba pula Syawal…Nanti akan tiba Ramadhan lagi, Syawal pula mendatangi…Begitulah masa akan terus datang menemui kita, cuma kita mungkin tidak menemui masa yang tiba.

Peristiwa ini begitu mengingatkan saya bahawa mati pasti tiba, bersedia atau tidak kita…?

Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s