YAKIN DENGAN KUASA ALLAH, ZINNIRAH MENJADI CONTOHNYA …..

Siapa yang tidak kenal Zinnirah, salah seorang daripada Sahabiyat yang agung. Beliau pernah menjadi hamba kepada Saidina Umar al-Khattab r.a pada zaman sebelum Islam.

Saidina Umar r.a adalah seorang yang agak bengis pada zaman Jahiliyahnya. Suatu ketika beliau telah memukul Zinnirah sehingga buta matanya.

Apabila Zinnirah telah memeluk Islam, beliau diejek oleh orang-orang Quraisy yang lain, dakwa mereka..”Wahai Zinnirah, sesungguhnya mata engkau buta kerana perbuatan tuhan Lata dan `Uzza”.

Zinnirah menjawab bahawa “butanya” adalah kerana kuasa dari Allah swt, bukan kerana kuasa berhala Lata dan `Uzza yang disembang oleh Kafir Quraisy. Zinnirah berkata lagi, “Allah yang telah membutakan mata aku, Dia jugalah yang akan mengembalikan penglihatan aku”.

Lantas Zinnirah berdoa kepada Allah swt dengan penuh pengharapan dan keyakinan. Tidak lama selepas itu, Allah swt dengan kuasaNya yang maha agung telah mengembalikan penglihatan Zinnirah seperti sedia kala.

Apabila diketahui hal tersebut ke telinga Quraisy, mereka terus berkata, “Ini adalah sihir Muhammad”.

Sidang pembaca sekelian, adakah menjadi sesuatu yang mustahil untuk Allah swt mengembalikan semula penglihatan kepada orang yang buta? Adakah menjadi sesuatu yang mustahil bagi Allah swt untuk menyelamatkan Nabi Musa as daripada asakan Firaun dan tenteranya? Tidak juga menjadi sesuatu yang mustahil bagiNya untuk memenangkan Rasul saw dan para sahabat dalam peperangan Ahzab.

Dengan keyakinan yang tulus terhadap Allah swt, nescaya perkara yang luar daripada jangkaan manusia akan dapat diselesaikan oleh Allah swt.

Zinnirah bukan rabun mata, tapi BUTA mata…Melihat semula seperti sedia kala, adakah sesuatu yang mustahil ??

Zinnirah yakin, anda juga yakin, saya ingin katakan….Anda mampu lakukannya !!

Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s