HARI INI YANG GELITA

Dulu, saya masih ingat bagaimana hebatnya Islam, hari ini ia sudah hilang taringnya. Dulu saya terbaca kekuatan yang ada pada tentera Salahuddin al-Ayyubi, kini semuanya menjadi bahan dalam buku sejarah belaka. Saya masih dapat melihat kesan-kesan bangunan zaman silam, zaman kegemilangan ummah ini..Kini ia hanya menjadi tatapan pelancong semata.

Ketika saya ke Turki atas urusan kerja (wakil Aman Palestin), seminar yang dianjurkan itu diadakan di Istanbul. Saya melihat dengan hati yang pedih kerosakan akhlak dan moral bangsa Turki. Saya hanya mampu berkata…Mereka Yahudi dan Nasara memang berjaya!!!

Walaupun hanya berada selama dua hari di sana, saya tidak melepaskan peluang untuk bersiar-siar di luar hotel penginapan. Masa sungguh berharga. Pada malam pertama di sana sebelum majlis perasmian seminar, saya mengambil kesempatan untuk meninjau kedai-kedai jualan. Sepanjang jalan saya melihat orang-orang Turki tidak hirau dengan kelibat anjing di sekitar mereka, bahkan menyentuhnya dengan penuh selamba. Hati saya terdetik mengatakan mungkin ini adalah pegangan mazhab mereka yang tidak menganggap anjing sebagai najis mughallazah.

Saya terus berjalan, sempat melihat kedai barangan menjual perkakasan “membela” anjing. Saya terus berjalan melihat pula restoran ala-ala cafe yang menjual minuman keras, hujung mata saya agak liar melihat wanita-wanita turki berbiaca sesama mereka di cafe tersebut sambil mulut mengeluarkan asap tebal rokok..Oh…inilah budaya bangsa Turki yang telah lama dijajah, mungkin mereka sudah selesa dengan cara hidup begini.

Tak banyak masa yang ada untuk bersiar-siar di luar hotel, kerana sepanjang dua hari di sana saya dan peserta lain sebok mendengar isi seminar dan pembentangan idea-idea daripada masyayikh terunggul berkaitan isu Palestin.

Hari terakhir sebelum berangkat pulang ke bumi Malaysia tercinta, saya mengambil kesempatan yang singkat untuk pergi ke masjid berdekatan. Walaupun sudah mendirikan solat Asar secara jama` taqdim, hati saya tetap bertegas untuk ke masjid berdekatan. Tujuan utama saya adalah untuk melihat bagaimanakah penerapan adat bangsa Turki mendirikan solat berjemaah di masjid.

Telahan saya tepat apabila melangkah sahaja masuk ke dalam masjid, suasana benar-benar berbeza. Mereka bagaikan bangsa Arab ketika menunggu waktu solat. Pakcik-pakcik semuanya menunggu di saf hadapan sementara menanti azan dikumandangkan. Manakalah ada kerusi yang disusun  di bahagian belakang sekali, semua kerusi itu diduduki oleh para orang tua yang uzur tak mampu berdiri ketika solat.

Muazzin di belakang sekali bersama mereka yang uzur. Mereka solat berjemaah…Selesai solat, yang mengetuai zikir selepas solat adalah Muazzin tadi..beliau mengetuainya sehingga doa, manakala imam hanya membaca doa penutup sahaja. Hati saya begitu terdetik untuk mengambil peluang berbicara sebentar dengan pak imam, tapi gelagat imam begitu “kelam-kabut” untuk melaksanakan tugasan lain. Takpalah, mungkin peluang datang ke Turki buat kali yang seterusnya akan saya gunakan untuk interview imam di mana-mana masjid.

Dalam masjid saya membelek buku-buku yang  disusun rapi dalam rak, tidak ada satu pun buku-buku yang ditulis dalam bahasa Arab atau tulisan Arab. Saya selak lagi buku-buku yang ada, tidak juga saya dapati buku-buku yang ada tulisan “khlifah” atau seumpama denganya “Khaliph” / “Chalifh” / “Kaliph” (mana tau kot2 ejaan dalam Turkinya begitu”. Bukan apa, bila terkenangkan dahulu turki adalah tanah Khilafah Islamiyah, sudah pasti ada tulisan sejarah ke-Khilafaha-nya..umpama Melaka yang suatu ketika dahulu bumi hebat, kini ia pun umpama Turki yang hanyut dibuai onak ideologi penjajah.

Allah Akbar…Gembira dapat melihat gelagat bangsa Turki yang sebelum ini saya hanya baca dalam buku-buku atau kitab-kitab sahaja.

Walaupun ustaz yang bersama-sama saya dalam musafir itu berkata, kini Turki lebih baik daripada dahulu..Hati saya tetap berkata bangsa Turki masih lagi jauh dengan Islam, pemisahan antara agama dan kehidupan masih lagi ketara.

Hakikat pula berkata….”Bangsa yang jauh dari Islam, pasti gelita masa depannya…”

Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s