IKHTILAT …..

Assalamulaikum semua..Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa kita yang telah lalu. Suka untuk saya berkongsi dengan para pembaca tentang “ikhtilat”. Sebelum saya menulis lebih panjang, ingin saya ucapkan terima kasih kepada Saudari Aisyah. Beliau yang meminta agar saya menulis tajuk ini.

Rakan pembaca yang dikasihi sekelian. Agak sukar untuk kita menentukan manakah perbuatan yang tergolong dalam bab ikhtilat dan perbuatan manakah pula yang tidak tergolong dalam bab tersebut.

Ikhtilat dalam erti bahasa Melayu adalah percampuran atau pergaulan. Ia digunakan dalam konteks antara percampuran lelaki dan wanita atau pergaulan antara dua jantina tersebut.

Apabila kita melihat pada tulisan-tulisan para ulama’, akan kita dapati di sana teori-teori daripada al-Qur’an dan Sunnah sendiri yang membicarakan soal ikhtilat. Dengan istilah yang lebih tepat adalah panduan-panduan daripada kitab Allah swt dan Sunnah Nabi saw. Tajuk yang diberikan pada tulisan-tulisan mereka sudah memadai untuk kita membuat kesimpulan bahawa ikhtilat itu salah dan dosa dari sudut agama.

Akan tetapi apabila kita melihat kepada kehidupan realiti hari ini, bagi meng-implimentasi karya-karya para ulama’ yang bersandarkan kepada al-Qur’an dan Sunnah, sudah pasti tidak mudah mengikutinya secara rapi dan sempurna, kerana ia tampak terlalu ketat dan “syadid”.

Kenapa berlaku begitu?

Masakan tidak..Apabila kehidupan kita hari ini, khususnya di Malaysia. Wanita-wanita bekerja bahkan digalakkan untuk bekerja atas alasan membantu meringankan beban suami dan mencari nafkah bersama. Atas dasar itu, batasan-batasan percakapan, tunduk pandangan, berdiri sebatu jauhnya untuk memberikan sebarang arahan kepada golongan berlainan jantina, adalah sesuatu perkara yang tidak masuk akal boleh berlaku sedemikian.

Cuma Islam telah menggariskan panduan-panduan agar manusia yang bernama Muslim tidak melangkauinya jauh daripada batas yang telah ditetapkan, asalkan usul syari`at itu masih dipelihara.

Mari sejenak kita melihat karya Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi. Beliau telah menulis dalam kitabnya “al-Halal wa al-Haram fi al-Islam”. Terdapat beberapa bab atau tajuk perihal lelaki dan wanita. Boleh lihat dalam Bahasa Arab, terbitan “Maktabah Wahbah” m/s 134.

Antara sub topik yang dimuatkan dalam tajuk “al-Gharizah” ialah: Jangan kamu dekati zina, Bersendirian dengan ajnabiyah (bukan mahram) adalah haram, Memandang kepada bukan mahram dengan syahwat, Batas kebenaran memandang kepada lelaki atau wanita dan lain-lain.

Kesimpulannya adalah:

1. Sesuatu perkara yang boleh membawa kepada fitnah, tidak kira apa jua jalan atau cara, ia adalah ditegah dalam Islam.

2. Sabda Baginda saw: اياكم والدخول على النساء : “Jangan sesekali kamu masuk (bersama-sama) wanita (bukan mahram). HR Bukhari dan Muslim.

3. Sebaiknya kita mengambil pengajaran daripada firman Allah swt: واذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب ذلكم أطهر لقلوبكم وقلوبهن : Apabila kamu meminta sesuatu benda daripada mereka (isteri-isteri Nabi @ wanita yang bukan mahram) maka mintalah melalui belakang tabir, yang demikian itu lebih suci untuk hati kamu dan hati mereka. Surah al-Ahzab ayat 53.

Berkata Imam al-Qurthubiy: Ini semua adalah untuk memelihara diri daripada fitnah, keraguan, tohmahan dan cara ini adalah cara yang paling kuat dalam memelihara fitnah liar. Ia juga akan terpelihara daripada bahaya-bahaya (hati) yang ada pada lelaki mahupun wanita.

4. Ikhtilat juga punca berlakunya pandangan yang bernafsu kepada wanita atau lelaki yang bukan mahram. Kerana disebutkan mata itu adalah kunci kepada hati, pandangan adalah utusan fitnah dan postman (pengutus) kepada zina. Dalam satu syair Arab disebutkan:

كل الحوادث مبدأها من النظرومعظم النار من مستصغر الشرر

Ertinya: Setiap perlakuan jahat itu mulanya daripada pandangan……………Dan sebesar-besar neraka adalah daripada sekecil-kecil kejahatan.

Sebagai manusia, jangan sesekali kita fikir yang kita terselamat daripada hasutan syaitan, semua itu mulanya daripada pandangan, kerana itu ada penyair Arab lain menyebutkan:

نظرة, فابتسامة, فسلام فكلام, فموعد, فلقاء

Ertinya: Pandangan, senyuman dan salam………….Perbualan, perjanjian dan pertemuan

5. Maka yang demikian lebih baik kita menjauhi dan menjaga diri kita daripada terjerumus kepada lembah ikhtilat yang akan menjadikan kita mangsa kepada habuan syaitan durjana.

Apa jua alasan kita, samada kerja, memberi arahan dan mesyuarat, sepatutnya kita memelihara diri kita daripada terjerumus kepada lembah ini. Ingatlah syaitan menanti-nanti detik kejatuhan kita. Tidak salah untuk berkomunikasi dengan insan yang bukan mahram dalam urusan-urusan kerja dan sebagainya, asalnya batas agama tetap dipelihara, adab pergaulan mesti dijaga.

Jagalah senyuman anda serta perilaku anda dihadapan wanita atau lelaki yang bukan mahram. Kerana setiap manusia diciptakan bersamanya “nafsu”. Apabila anda bercakap dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram, pastikan anda bernada “TEGAS”. Panggillah dia dengan panggilan yang tampaknya tidak “manja”. Kerana hembusan “Naseem” akan menodai telinga para manusia yang dengki kepada anda.

*Naseem = Angin sepoi bahasa

Advertisements
By bahteradakwah

2 comments on “IKHTILAT …..

  1. pengisian yang menarik dan mudah difahami.

    semoga yang membaca dapat menghayati dan mengamalkan.

    jazakallahu khairan kathiro ust.

  2. alhamdulillah,satu perkongsian yg menarik ustaz..sebagai manusia kita kn selalu ingt mengingati..mg ustaz terus menulis lg…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s