RAMADHAN DAN DO’A

Seperti yang kita maklumi bahawa, doa adalah senjata bagi orang mukmin, ini dinyatakan oleh Baginda s.a.w sendiri dalam sebuah hadith.

Maka menjadi kebiasaan bagi seorang mukmin apabila selesai daripada mengerjakan solat, kita akan menadah tangan memohon kepada Ilahi.

Sesungguhnya kehadiran Ramadhan menjadi sejuta rahmat bagi umat Islam, kerana padanya langit dibuka dengan luas oleh Allah s.w.t untuk sesorang hamba itu memanjatkan doa kepadaNya.

Pernahkah kita benar-benar memohon kepada Allah s.w.t agar segala dosa kita diampunkan? Pernahkah kita menangis tersedu-sedu memohon agar tidak dihumban oleh Allah s.w.t ke dalam api neraka? Pernahkah kita ter-ingin sesuatu kelazatan dunia, lantas kita bersungguh-sungguh memanjatkan doa dan meminta agar keinginan kita dipenuhi oleh Allah sw.t?

Maka Ramadhan yang datang ini adalah satu peluang yang hebat untuk kita bersegera menyeru dan meminta kepadaNya. Segala tuntutan kita pasti akan terlaksana.

Mengapa tidak? Mari kita renungkan bersama-sama pada ayat Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah 186. Saat ketika Allah s.w.t menutup cerita tentang ke-fardhuan puasa pada ayat-ayat sebelumnya, yang mana dimulai pada ayat 183, Allah s.w.t akhirinya dengan ayat 186 ini:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang Aku, maka kataknalah Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.

Perhatikan pada ayat ini, kedudukannya selepas perintah berpuasa seolah-olah memberi gambaran kepada kita bahawa Ramadhan adalah bulan berdoa. Ia tidak lari daripada sabda Baginda s.a.w yang saya sebutkan di atas, pintu langit dibuka oleh Allah s.w.t seluas-luasnya untuk mendengar apa sahaja permintaan hambaNya asalkan mereka patuh kepadaNya. Allah s.w.t pasti dengar dan pasti mengurniakan segala permohonan kita.

Ayuh!! Marilah kita banyakkan berdoa, samada kehendak dunia mahupun kehendak akhirat, Allah s.w.t amat jauh daripada sifat bakhil.

Advertisements
By bahteradakwah

4 comments on “RAMADHAN DAN DO’A

    • Susah untuk ditentukan khusyuk seseorang itu, tapi makna dan pengertian khusyuk yg sebenar adalah “Fokus”. Apa yg biasa saya amalkan adalah dgn cara memahami makna dan pengertian setiap permohonan yg kita minta dari Allah, kemudin fokus satu persatu apa yg kita minta dari Allah. Lebih baik diangkatkan tangan tinggi2 (takla sampai mcm anak murid angkat tangan depan seorang gurunya) dan ulang2 perkataan “Ya Rabb” = Ya Tuhan banyak kali, ini bukan bidaah ye, tapi ada sandaran daripada hadith Nabi s.a.w. Sila rujuk, maaf sebab saya tak ingat sebutan tepat hadith itu.

      Ingat, Allah tahu setiap helai daun yg jatuh ke bumi, apakah mustahil Allah s.w.t mendengar rintihan ikhlas seorang hambaNya?

      W.A`lam

  1. salam, ust, xde post baru?

    boleh request post tentang batas-batas ikhtilat yang fokus kepada ikhwah dan akhwat.
    sekadar me’refresh’ kembali.
    jzkk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s