Antara Dua LANUN…

Selalu sahaja dunia Islam dikaitkan dengan KEGANASAN..Awal tahun 2010 Somalia dikaitkan dengan pengganas di yang selalu mengganggu perjalanan kapal-kapal perdagangan, lalu mereka digelar “lanun”. Apabila ada kapal perdgangan yang merentasi lautan Aden di Yaman, kelibat lanun Somalia sering kelihatan. Sehingga semua negara Eropah berubah menjadi Superhero yang sanggup menawarkan diri untuk menyelamatkan kapal-kapal yang dirompak puak lanun ini.

Lanun Somalia yang tidak mendapat pengiktirafan dunia Barat

Apa jadi pada imej negara Yaman? Mereka dituduh sebagai negara yang banyak menyimpan kumpulan pengganas. Boleh saya simpulkan di sini beberapa perkara yang memburukkan imej negara Islam akibat daripada kerja lanun Somalia :-

1. Imej Somalia yang penduduknya majoriti Muslim telah tercalar, kerajaan Islam yang memerintah Somalia dianggap “haprak” kerana tidak cekap mengawal rakyatnya.

2. Imej Yaman sendiri buruk di mata masyarakat dunia, kerana kurang pantas mengawal Selat Aden daripada lanun Somalia yang menyerang kapal kontena perdagangan negara-negara pengesport-pengimport.

3. Pada hakikatnya Amarika Syarikat dan negara Eropah ingin sangat mengawal perairan atau Selat Aden itu. Kita jangan lupa akan permintaan Amerika Syarikat kepada kerajaan Malaysia beberapa tahun sebelum ini, bahawa mereka ingin sangat mengawal bersama Selat Melaka dengan tentera laut Malaysia dan Indonesia, atas alasan Malaysia dan Indonesia kurang memberikan kawalan ketat kepada kelibat para lanun. Syukur…Kerana kerajaan kita dan Indonesia pada ketika itu tegas tidak memenuhi hajat  Amerika Syarikat.

4. Peristiwa merancang keganasan ini adalah drama biasa yang sering diulang SKRIPnya oleh para pengarah Amerika Syarikat dan Eropah. Apabila berlaku sahaja letupan, rampasan dan keganasan, tawarannya adalah “Biar kami (AS, Eropah) yang mengawalnya”. Akhir sekali umat Islam dijajah dalam diam.

Ini semua adalah angkara tindakan lanun Somalia yang tidak diiktiraf, mungkin juga kerana lanun ini tidak lulus “lesen” merompak. Sudahlah senjata tidak lengkap, latihan rapi pun tiada, kain pelekat pun dijadikan seragam. Kasihan mereka dicekup dan ditangkap. Puncanya daripada AS dan Eropah, akibatnya mereka ditawan.

Yang ini pun lanun juga..

Kapal Mavi Marmara yang memuatkan keperluan asas kepada rakyat Palestin di Gaza

Peristiwa kapal Mavi Marmara yang diserang lanun berstatus Komando. Setiap manusia yang berjiwa manusia sama sekali tidak melupakan peristiwa ini.

Senjata lanun ini canggih, latihan mereka lasak dan hebat. Melihatkan dengan kekuatan 30 orang lanun sahaja, mereka mampu menawan lebih 500 sukarelawan dalam kapal itu. Mereka melepaskan tembak sesuka hati tanpa sedar diri.

Gaza yang dikepung+dilaparkan, dideritakan+diMATIkan (secara perlahan-lahan). Mereka menantikan bantuan daripada umat yang SEDAR…

Menanti dengan sejuta harapan

Mujur di sana masih ada jiwa yang hidup, menongkah arus melawan lanun yang lasak. Akibatnya, jiwa dicederakan, bahkan 19 daripada mereka dibunuh.

Di manakah tentera Amerika Syarikat yang sanggup menawarkan diri menjadi Superhero? Di manakah tentera Itali, Britain, Perancis dan lainnya?

Pada waktu ini, telinga mereka ditutup dengan kapas jenama {Ehud Barak}, mata mereka disilaukan dengan kilauan taring {Benjamin Netanyahu}. Lanun ini bahagia kerana tiada Superhero yang sudi memakai baju Superman, Batman atau Spiderman.

"Tiada kuasa dunia yang sanggup menangkap lanun ini". Imej daripada bot Lanun Israel yang sedang meneropong kapal Mavi Marmara sebelum diserang-hendap, mengorbankan 19 orang dan mencederakan sebilangan besar yang lain

Lanun-lanun ini adalah terdiri daripada mereka yang tinggal di kampung orang, menangkap ikan di perairan orang, merobohkan pondok orang, mendirikan banglo sendiri. Akhirnya mereka melaungkan “Inilah kampung KAMI”, “Laut ini perairan KAMI, siapa ceroboh, akan KAMI “MORTAR”kan dan “SNIPER”kan…Peluru getah tidak dijual di kampung ini, yang tinggal hanya peluru hidup”.

Pekikan dan laungan itu didengari dengan jelas oleh presiden Barack Obama. Maka beliau pun merasa takut, biar sahaja dibatalkan pertemuan dengan Benjamin Netanyahu, asalkan…jangan ditanggalkan jawatan “Presiden” di bahu.

Sungguh hebat lanun ini. Mereka sebanrnya lebih lanun daripada lanun-lanun. Inilah kisah antara dua lanun.

*Lanun tetap lanun…walau apa jua seragam yang dipakai

Advertisements
By bahteradakwah

One comment on “Antara Dua LANUN…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s