Keyataan Rasmi Ikhwan Muslimin – Terjemahan 1

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pada awal pagi Isnin 31/05/2010 Zionis telah melakukan jenayah pencerobohan yang biadap dan tidak bertamaddun ke atas konvoi al-Hurriyyah yang sedang menuju ke Gaza untuk membantu rakyat Palestin dan memecahkan kepungan yang dikenakan ke atas mereka sejak beberapa tahun. Serangan ketenteraan yang dipimpin sendiri oleh Komandan Angkatan Laut Zionis ini mengakibatkan korban nyawa (syahid) dan kecederaan anak-anak kapal yang telah disasarkan penjenayah Zionis.

Ikhwanul Muslimin mengutuk – sekeras-kerasnya – serangan tentera Zionis yang bersifat jenayah ini ke atas konvoi dan warga awam di atas kapal-kapal tersebut. Ikhwanul Muslimin menegaskan kembali pendirian tetap mereka yang menentang Zionis, kekejaman berterusan dan jenayah konsisten yang dilakukan oleh penjenayah ini terhadap rakyat Palestin di Palestin; bumi Arab dan Islam.

Dalam suasana murung ini dan di hadapan kedegilan Zionis untuk terus memukul gendang perang terhadap warga awam yang berasal dari puluhan negara-negara Islam, Eropah dan Arab…  Kami menyeru kepada semua bangsa Arab dan dunia Muslim dan kepada masyarakat dunia yang merdeka untuk menyatakan kemarahan mereka dengan penuh ketegasan, dan untuk melakukan semua jenis tekanan kepada kerajaan-kerajaan mereka dan jentera pentadbiran agar bergerak pantas menyekat Zionis dari melakukan pencerobohan mereka yang tidak berperikemanusiaan terhadap konvoi al-Hurriyyah.

Kami mendesak kerajaan-kerajaan Arab dan Islam, khususnya di Mesir, tentang keperluan yang begitu kritikal untuk bergerak pantas lagi efisyen untuk menyekat pembunuhan orang tak berdosa, sama ada di atas kapal-kapal konvoi al-Hurriyyah mahupun di tanah Palestin.

Demikian juga, kerajaan Mesir berkewajipan segera untuk membuka koridor Rafah, kerana penutupan koridor ini adalah punca utama terhadap apa yang sedang berlaku. Di samping itu, menjadi keperluan yang mendesak untuk ia mengusir segera Duta Besar Zionis dari Kaherah, dan selebihnya dari ibukota-ibukota Arab dan Islam yang lain, yang mempunyai hubungan dengan entiti Zionis, seterusnya mengisytiharkan pemberhentian segala jenis hubungan dengan Zionis.

Liga Negara-negara Arab pula berkewajipan bertindak memikul tanggungjawab mereka terhadap apa yang terjadi sekarang dari perangai perlanunan Zionisme terhadap rakyat Palestin dan orang awam di atas kapal-kapal al-Hurriyyah.

Ikhwanul Muslimin turut meletakkan tanggungjawab penuh ke atas PBB terhadap kemungkinan berlakunya perang dunia yang bakal memusnahkan segala-galanya akibat tindak tanduk Zionis.. Di manakah hukuman antarabangsa? Di manakah Bab VII dari Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu? Dan bilakah harus ia digunakan jika bukan ke atas perbuatan jenayah seperti ini?!

Kami juga menuntut Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), kesatuan-kesatuan golongan professional, badan-badan bantuan antarabangsa, institusi-institusi masyarakat sivil dan pertubuhan-pertubuh an hak asasi manusia dan semua manusia merdeka di dunia ini untuk bergerak pantas dan efisyen menentang Zionis, di mana-mana sahaja. Setiap orang harus bangkit dan bergerak dalam bentuk yang konsisten menyekat Zionis agar menghentikan kejahatan berterusan mereka..

“Dan Allah Maha Kuasa sepenuhnya melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusuf: 21)

Ikhwanul Muslimin

Kaherah: 17 Jumadilakhir 1431H – 31 Mei 2010

Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s