Kenyataan Rasmi Ikhwan Muslimin – Terjemahan 2

Ikhwanul Muslimin menuntut semua bangsa Arab untuk tetap terus menyatakan kemarahan dan kutukan mereka terhadap pencerobohan tak bertamaddun lagi biadap Zionis ke atas konvoi al-Hurriyyah dan sikap mendiam diri antarabangsa dan pihak-pihak rasmi tentang jenayah keji ini. Kemarahan dan kutukan ini harus diteruskan sehinggalah sekatan zalim yang dikenakan ke atas masyarakat Gaza dan amalan menindas terhadap rakyat Palestin dihentikan.

Kami menyeru Liga Negara-negara Arab untuk menarik persetujuan mereka yang lepas untuk melakukan perundingan dengan pihak musuh, Zionis. Kami juga mendesak menerusi Majlis Liga Negara-negara Arab agar mengiystiharkan penarikan semula dan pembekuan ke atas inisiatif Arab, yang ditolak dan tidak dihormati oleh musuh Zionis.

Hari ini, Mesir mesti menunjukkan ia bersih daripada bersekongkol dalam kesalahan jenayah melakukan sekatan zalim (ke atas penduduk Gaza), iaitu dengan pembukaan koridor Rafah yang kekal, normal dan segera  kepada orang dan barangan di samping membenarkan semua konvoi bantuan kemanusiaan menyeberanginya bagi tujuan pembangunan semula Genting Gaza dengan usaha massa.

Ikhwanul Muslimin mengucapkan belasungkawa yang tulus kepada keluarga mangsa dan syuhada` yang tidak berdosa daripada semua bangsa dan agama, seraya memohon Allah agar mengurniakan kesembuhan segera  kepada yang tercedera.

Ikhwanul Muslimin juga menuntut masyarakat antarabangsa untuk melakukan campurtangan segera bagi membebaskan semua tahanan yang terdiri daripada perwakilan parlimen, tokoh-tokoh antarabangsa, Arab dan Mesir yang ditahan oleh musuh Zionis, tanpa bertangguh-tangguh. Mereka juga perlu mendesak Zionis untuk menyatakan secara lengkap nama-nama korban dan syuhada` agar keluarga dan para pencinta mereka merasa tenang, seterusnya menghakimi penjenayah-penjenay ah perang kalangan ahli politik, tentera dan Zionis di hadapan Mahkamah Jenayah Antarabangsa lantaran kejahatan kejam ini.

Ikhwanul Muslimin juga menyeru masyarakat antarabangsa agar memaksa musuh Zionis untuk membenarkan konvoi kemanusiaan ini melalui perjalanan yang selamat ke Genting Gaza dan melepaskannya dari perlanunan Zionis.

Ikhwanul Muslimin

Kaherah: 17 Jumadilakhir 1431 HI – 31 Mei 2010

Pukul 12:30 tengahari

Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s