Nasib Melayu Muslim Pattani

SIAPA PENGGANAS SEBENAR

Oleh

Abu Nuaim / Syahrir

Bagi masyarakat tempatan dalam kawasan yang sedang bergolak di empat wilayah (Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla) khususnya bagi masyarakat Melayu Muslim Patani, selalu menjadi tanda tanya tentang istilah yang digunakan oleh kerajaan Thai iaitu kata-kata “PENGGANAS”. Sebab bagi mereka (orang-orang Patani) istilah pengganas itu biasanya dituju kepada penjahat yang melakukan kezaliman, penginayaan dan kekejaman terhadap orang lain.

Secara realitinya tindakan kejam yang selalu berlaku di kawasan bergolak tersebut, biasanya yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan Thai itu sendiri, hal ini sudah tidak dapat dinafikan oleh kerajaan Thai, walaupun pemerintah dan askar Thai selalu melimparkan fitnah dan tuduhan tindakan kejam itu kepada pejuang pembebasan Patani.

Bermula dari pembantaian umat Islam Melayu Patani di Ta-ba (Tak Bai) wialayah Narathiwat yang mengakibatkan ratusan terkorban syahid dan cedera parah yang terjadi pada tanggal 25 Oktober 2004 sehingga sampai sekarang, polisi kekejaman tersebut masih diteruskan oleh kerajaan Thai.

Dalam tahun 2009 M. Telah berlaku beberapa kali tindakan kekejaman dan pembantaian terhadap umat Islam Melayu Patani yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan Thai. Tidak hanya kes pembantaian di Masjid Al-Furqan Air-Tempayan Chok-airon Narathiwat, yang mengakibatkan umat Islam Melayu Patani terkorban syahid 12 orang dan beberapa orang cedera parah, yang sempat menghibuh dan terkejut masyarakat Internasional. Ini bukan kali pertama dan terakhir bagi umat Islam Melayu Patani menjadi mangsa pembantaian kakitangan kerajaan Thai pada tahun ini.

Beberapa hari yang lalu pada tanggal 15 Desember 2009 M. Telah berlaku pembantaian yang ganas dan biadab terhadap umat Islam Melayu Patani di kampong Pulau Gasing, Mukim Kolam, Daerah Ya’rang, Wilayah Pattani. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan, cerita kejadian tersebut 6 orang masyarakat kampung tempatan sedang minum teh di kedai kopi milik Aisyah Kutek, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang ditunggangi oleh dua orang tidak dikenali dan diikuti oleh sebuah kereta pek-up D-max, setelah pasukan bersenjata tidak dikenali tersebut tiba didepan kedai kopi milik Aisyah Kutek, mereka terus melepaskan tembakan bertubi-tubi kearah kedai kupi. Akan tetapi Alhamdulillah tidak ada yang cedera parah, kerana orang-orang kampung yang berada dalam kedai kopi tersebut sempat menyelamatkan diri dari serbuan butiran tembaga yang tajam itu, oleh kerana orang-orang dalam kedai kopi sebelumnya telah sedar dan merasa curiga terhadap kehadiran dua buah kenderaan tidak dikenali, kerana lagak mereka tak beza seperti askar upahan Thai dan memang mereka adalah Askar Hitam Thai.

Pada tanggal 16 Desember 2009 M. Berlaku pembunuhan sadis dan biadab terhadap keluarga Chik Harun Yama berumur 44 tahun, warga Kampung Bendang, mukim Chakuas, Daerah Raman, Wilayah Jala. Dari cerita yang dituturkan oleh Mik Yah isteri Chek Harun menceritakan, Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.00 malam pada tanggal 16 Desember 2009 M. ketika Chek Harun bersama anaknya Nurmi Yama yang berusia 2 tahun naik motosikal ke kedai kopi yang tak jauh dari rumahnya, untuk menambah kredit telefon tangan dan minum teh, setelah itu sejenak dia mendengar suara senjata automatic M.16 bertubi-tubi, dengan rasa terkejut dan tergesa-gesa Mik Yah keluar dari rumah untuk mempastikan mangsa pembunuhan itu, setelah dapat mempastikan bahwa mangsa senjata automatik yang ganas itu adalah suami dan anaknya sendiri, suaminya Chek Harun menghambuskan nafas terakhirnya di tempat kejadian, sedangkan anaknya Nurmi menjerit-jerit kesakitan akibat cedera parah.

Mikyah bergegas minta pertolongan kepada Ketua Kampung (tok niban) M. 6 untuk membawa anaknya ke Hospital Yala, dengan ditemani oleh Basyu Yama kakak dari Nurmi, ketika hendak membawa mangsa ke Hospital Yala, Basyu ditanya oleh Askar Thai yang sedang mengerumuni ditempat kejadian tersebut “Mau Bawa Budak Ini Ke Mana?” berkali-kali Basyu ditanya oleh askar Thai keparat tersebut dalam bahasa Thai, memang pertama kali tidak ada sengkaan curiga apa-apa oleh Basyu dan orang-orang kampung yang berada di tempat kejadian itu.

Mikyah dan Basyu bergegas keluar dari tempat kejadian itu untuk membawa anaknya Nurmi ke Hospital Yala bersama dengan ketua Kampung (Tok Niban) sebagai deriver/pengemudi kendaraan pacuan empat roda. Dalam perjalanan menuju ke hospital Yala, apabila sampai di kampong orang Siam Budha yang tidak jauh dari kampungnya, mereka merasa hairan apabila melihat lampu jalan semua gelap tidak seperti biasa, apabila sampai di dekat Kem Askar yang bermarkas di kampung Siam, mereka melihat beberapa orang Askar berdiri dipinggir jalan sekaligus melepaskan tembakan senjata automatik M.16 bertubi-tubi ke arah kenderaan mareka yang membawa Nurmi bersama keluarganya untuk ke Hospital tersebut.

Akibatnya Mikyah terkena tembakan di tangan kanan, Tok Niban terkena tembakan di bahagian dadanya, yang akibat cedera parah, hanya tinggal Basyu seorang yang terselamat dari serangan askar Thai kali kedua ini. Tok Niban yang tercedera parah berusaha memecut kendaraannya, supaya terlepas dari kawasan bahaya di depan markas tentara Thai, sehingga sampai di Kampung Belukar Luas yang tidak jauh dari tempat markas tentara Thai keparat, mereka berhenti kereta ditempat yang lebih aman dan Mikyah melihat anaknya Nurmi sudah tak bernyawa lagi.

Pada tanggal 21 Desember 2009 M. berlaku pula pembantaian rumah orang Melayu Islam Patani di Kampung Ramung Tempat 1 Mukim Pujud Daerah Muang Wilayah Pattani. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.15 petang waktu tempatan, di rumah Mat Yusuf Deramae yang berumur 40 tahun dan isterinya Nafisah Deramae 42 tahun. Kejadian itu berlaku waktu Nafisah sedang memasak makanan di dapur, tiba-tiba mendengar suara tembakan senjata automatik M.16 dan HK berdering dan lantang di depan rumahnya, serta merta ia bergegas keluar dari dapur rumah untuk melihat apa yang sedang terjadi didepan rumahnya itu, ternyata sekali setelah keluar dari dapur, beliau terperanjat setelah terlihat yang menjadi mangsa suara senjata ganas dan tidak bertanggung jawab itu adalah anaknya sendiri, iaitu Khadijah yang berusia 4 tahun terkena tembakan di kepala tak sempat bergerak dan bersuara, langsung menghambuskan nafas terakhirnya di dalam rumahnya, sedangkan Fatimah kakaknya tercedera parah terkena tembakan di belakang.

Mat Yusuf ayah bagi mangsa menceritakan kisah kejadian tersebut, bahwa pada hari kejadian itu kira-kira pukul 5.15 petang, anak-anaknya iaitu Khadijah dan Fatimah sedang menonton TV di dalam rumahnya, ibunya Nafisah sedang memasak makanan di dapur dan dia sendiri pergi ke kebun yang tidak jauh dari rumahnya dan dia dapat mengetahui perisitiwa sedih itu setelah ada orang memberi tahu dan ia bergegas pulang ke rumahnya, setelah tiba di rumah Mat Yusuf hampir pingsan setelah melihat anaknya Khadijah sudah tidak bernyawa lagi sedangkan kakaknya Fatimah berlumuran darah cedera parah. Ini semuanya peristiwa sadis dan biadab yang berlaku di depan mata masyarakat Islam Melayu Patani, yang tak perlu bertanya-tanya lagi SIAPAKAH PELAKUNYA ?, dan bagi masyarakat Islam Melayu Patani sudah jelas dengan sejelas-jelasnya bahwa SIAPAKAH PENGGANAS YANG SEBENARNYA ?.

Advertisements
By bahteradakwah

One comment on “Nasib Melayu Muslim Pattani

  1. Kibarkan Bendera suci kalimah syahadah dan istiharkan Islamic Emirates of Pathoni.Kita Tiada pilihan lain.Hukum Allah mesti ditegakkan dibumi Pathoni yang berkah ini.Ulama Pathoni jgn lena dibuai mimpi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s