Ini Yang Telah Berlaku Kepada Masjid al-Ibrahimiy

Masjid al-Ibrahimiy

Masjid al-Ibrahimiy

Masji al-Ibrahimi terletak di Bandar Khalil, selatan barat di bahagian Tabing Barat, Palestin.

Nabi Ibrahim a.s telah berhijrah ke sana pada kurun ke 19 sebelum Masihi. Baginda di kebumikan di sana bersama isterinya Sarah dan anaknya Nabi Ishak a.s.

Masjid al-Ibrahimiy dikira sebagai bahan sejarah yang masyhur di Bandar Khalil. Kedudukanya adalah diselatan timur Bandar Khalil dan berada di tengah-tengah Bandar Lama. Masjid tersebut yang dikelilingi dengan tembok besar dikenali dengan al-Hir.

Bandar Khalil adalah Bandar Islam. Khlaifah-khalifah Islam amat mengambl berat keadaan Bandar Khalil memnadangkan terdapatnya makam kebanyakan para nabi a.s di dalam kawasan masjid al-Ibrahimiy.

Masjid yang di bina oleh Khalifah daripada Bani Umayyah yang bentuknya sama hamper sama dengan masjid Umawiy di Damsyik, Syria.

Umat Islam dikawal oleh tentera Israel ketika menunaikan solat

Umat Islam dikawal oleh tentera Israel ketika menunaikan solat

Masjid yang kekal milik umat Islam sehingga ke hari ini. Yahudi tidak ada sedikit pun hak memilikinya semenjak zaman khlaifah Bani Umayyah. Sehinggalah pada tahun 1967M berlaku penaklukan Yahudi ke atas bandar Khalil yang secara tidak langsung terdapat masjid al-Ibrahimiy. Mereka melaksanakan satu demi satu langkah yang jelek bertujuan menguasai masjid tersebut.

Tahun ini adalah tahun yang benar-benar mencabar kekuatan umat Islam. Adakah dakwaan Yahudi untuk meruntuhkan al-Aqsa dan merasmikan Kuil Sulaiman mereka pada 16 Mei 2010 akan tercapai?

Tahun ini adalah tahun yang benar-benar mencabar kekuatan umat Islam. Adakah dakwaan Yahudi untuk meruntuhkan al-Aqsa dan merasmikan Kuil Sulaiman mereka pada 16 Mei 2010 akan tercapai?

Di bawah adalah perbandingan tindakan pencerobohan Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa dan Masjid al-Ibrahimiy

Masjid al-Ibrahimiy Masjid al-Aqsa
25/9/1968 – kerajaan haram Israel memberikan kebenaran kepada golongan Yahudi untuk mengerjakan ibadah mereka di dalam masjid. Mereka membawa syiar Yahudi di salah satu sudut masjid. Tahun 2003 – Mahkamah Israel membenarkan Yahudi masuk ke kawasan masjid al-Aqsa.
11/10/1968 – Israel melepaskan tembakan ke masjid al-Ibrhimiy yang memusnahkan beberapa kesan sejarah. Tahun 1967 – Israel memusnahkan kawasan al-Magharibah dan meletupkan 138 bangunan-bangunanya, termasuklah masjid Buraq dan masjid al-Magharibah.
11/10/1971 – Israel membenarkan Yahudi meluaskan kawasan peribadatan mereka dengan memasukkan alat-alat ritual Yahudi ke dalam kawasan masjid. Dalam masa yang sama Israel mengakui bahawa masjid al-Ibrahimiy adalah termasuk salah satu daripada “Kuil Yahudi”. Melakukan beberapa perkara yang merosakkan al-Aqsa.
17/12/1972 – Mahkamah tentera telah mengeluarkan arahan supaya pintu bahagian timur masjid dikunci, mengahalang umat Islam daripada menunaikan solat lima waktu. Dalam masa yang sama orang-orang Yahudi masuk dan bersuka ria dengan menyanyikan lagu-lagu mereka dengan nada yang tinggi di dalam kawasan masjid. 1968- kerajaan haram Israel telah memberikan kunci pintu al-Magharibah dan memberikan ruang untuk orang-orang Yahudi masuk ke dalam masjid dengan mendendangkan lagu-lagu mereka.
1974 – Israel menjalankan siri galian terowong bawah masjid al-Ibrhimiy. 1968 – Permulaan galian terowong bawah masjid al-Aqsa oleh pihak Yahudi.
27/7/1975 – Penduduk Yahudi mencuri kunci pintu al-Ma’zanah dan menyembunyikannya daripada orang Islam. 2009 – Tentera Israel menukr kunci pintu al-Silsilah dalam usaha merampasnya, akan tetapi ketua masjid al-Aqsa daripada Muslimin dapat memcahkannya.
18/11/1976 – Pendeta Yahudi (pelampau) yang bernama Ma’ir Kahana mengumumkan bahawa masjid al-Ibrahimiy akan ditukarkan kepada tembok Yahudi bertujuan menghalau orang-orang Palestin. 9/8/1969 – Pendeta Yahudi dalam tentera Israel yang bernama Syolomo Ghorin telah menceroboh masjid al-Aqsa dengan kawalan 50 orang Yahudi,  mereka membawa peralatan ritual mereka. Pencerobohan terus berlaku sehingga ke hari ini.
16/3/1976 – Pendudk haram Yahudi menghalang Muslimin daripada menunaikan solat di dua kawasan dalam masjid al-Ibrahimiy : Ya`qubiyah dan Ibrahimiyah. 4/11/2009 – Tentera Israel mengumumkan bahawa masjid al-Aqsa adalah kawasan di bawah kawalan tentera Israel. Umat Islam dilarang menunaikan solat di dalamnya.
21/10/1976 – Tentera Israel mengambil salah satu sudut dalam masjid dan menukarnya kepada pos kawalan tentera dengan meletakkan dua buah katil dan peralatan tidur. 21/6/2004 – Israel telah menukar dua buah bilik dalam kawasan masjid al-Aqsa dan menjadikannya pejabat keselamatan mereka.
16/5/1977  – Sebilangan orang Yahudi menceroboh kawasan masjid dengan iringan Pendeta yang bernama Ifjer. Mereka masuk dan menari-nari di dalamnya. 28/9/2000 – Mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon menceroboh masjid al-Aqsa dengan iringan bala tentera Yahudi. Berlakulah Intifadhah yang mengorbankan ribuan umat Islam.
8/7/1977- Seorang pegawai tentera Israel dan seorang tenteranya telah melepaskan gas pemedih mata ke atas Muslimin yang sedang solat. 5/3/2010 – Tentera Israel telah melepaskan gas pemedih mata ke atas umat Islam yang sedang menunaikan solatg Jumaat, mengkibatkan ramai yang sesak nafas.
24/4/1978 – Dua orang Yahudi telah membawa masuk dua naskhah kitab Taurat, mereka melaksanakan perayaan dengan dikawal oleh tentera Israel. 22/7/1971 – Ahli kumpulan pergerakan Baitar Yahudi telah melakukan ibadah di dalam kawasan masjid al-Aqsa.
1/7/1978 – Tentera Israel telah menyimbah alat pembakar dengan tujuan membakar masjid al-Ibrahimiy. Peristiwa tersebut telah menyebabkan seorang Mu’azzin cedera. 21/8/1969 – Seorang Yahudi Australia yang bernama Michel Dines telah membakar masjid al-Aqsa. Peristiwa tersebut telah mengakibatkan musnahnya mimbar Salahuddin al-Ayyubi yang berusia lebih 800 tahun dan memusnahkan bahagian-bahagian masjid yang lain seperti bumbung masjid.
11/9/1984 – Tentera Israel telah memasang CCTV yang bertujuan mengawal pergerakan Muslimin yang menunaikan solat di masjid. 9/6/2005 – Kerajaan Israel telah memberi kebenaran untuk memasang CCTV sepanjang tembok masjid al-Aqsa dan kawasan-kawasan yang sansitif dan strategik.
Hari Jumaat 24/2/1994 – Pelampau Yahudi yang bernama Barukh Gholad Syatain telah melepaskan tembakan rambang terhadap Muslimin yang sedang solat, ia meragut 29 nyawa dan mencederakan 300 yang lain. 18/11/1990 – Tentera Israel telah melepaskan tembakan ke atas Muslimin yang sedang solat, menyebabkan 21 syahid dan mencederakan 150 yang lain. Peristiwa ini berlaku selepas orang-orang Yahudi meletakkan batu asas kuil mereka berhampiran masjid al-Aqsa.
27/8/1972 – Israel mengumumkan pembahagian masjid al-Ibrahimiy (kawasan khas) untuk orang-orang Yahudi menunaikan ibadah mereka. 2009 – Kumpulan-kumpulan Yahudi menuntut agar diberikan sebahagian masjid al-Aqsa kepada mereka.
Pad awal tahun 1975 kerajaan Israel telah mengumumkan penggabungan sebahagian besar masjid al-Ibrahimiy ke dalam kertas kerja rancangan Yahudi dan menjadikannya kuil mereka. 2010 – Surat khabar Hartz (Yahudi) telah mengumumkan 16 Mei 2010 akan dimulakan pembinaan kuil di atas tapak masjid al-Aqsa. Adakah kita masih mengambil sikap tunggu dan lihat?
2010 – Israel telah mengumumkan bahawa masjid al-Ibrahimiy adalah sebahagian daripada kesan sejarah mereka. Adakah kita masih menunggu untuk Yahudi mengumumkan al-Aqsa milik mereka?
Kini masjid al-Ibrahimiy telah jatuh ke tangan Yahudi.. Adakah kita menunggu perkara yang sama berlaku ke atas masjid al-Aqsa?

Kita menunggu kehadiran pemuda dan pemudi umat ini untuk mereka melenyapkan Zionis dari muka bumi.

Husam al-Ghali

Penyelaras Ikatan Pemuda al-Quds

(Rabitah Syabab Li Ajli al-Quds)

Diterjemahkan oleh : Azrin Samsudin

Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s