Tergamam dan Syukur

Baru tadi Mak telipon memeberitahu saya tentang jiran di TTS (Taman Tasik Semenyih) yang rumahnya baru sahaja dimasuki tiga orang perompak semalam, khabarnya warga Indonesia.

Percaya atau tidak semalam saya balik lewat dari Shah Alam ke TTS, kebetulan isteri baru melahirkan cahaya mata yang kedua, maka rumah saya di Shah Alam sekadar jadi rumah tumpangan, manakala rumah Mak menjadi rumah tetap sepanjang ketiadaan isteri dan anak-anak yang kini berada di Kedah (rumah mertua saya).

Selalu begini, perasaan saya kurang enak apabila masuk ke kawasan TTS semalam. Jalannya yang gelap. Nampak kelibat empat orang Negro yang berjalan terhoyong -hayang, mungkin dalam keadaan mabuk. Mereka adalah pelajar di Universiti berdekatan. Motor saya melintasi mereka, pandangan mereka mengekori rapat saya.

Ada sebuah kereta Proton Satria yang sedang diberhentikan di bahu jalan, tidak jauh dari kelibat empat orang Negro tadi.

Apabila motosikal saya menghampiri rumah Mak, terus saya telifon memaklumkan saya sudah sampai. Pintu dibuka dan saya pun masuk ke rumah. Semua pintu saya kunci rapi.

Bukan hendak Suma`ah (cerita kebaikan) tapi memang menjadi kebiasaan saya akan sertakan amalan kunci pintu dengan bacaan Basmalah. Ini berdasarkan kepada hadith Baginda saw yang menyuruh agar Basmalah dibaca ketika pintu ditutup agar Syaitan tidak masuk bersama ke dalam rumah.

Tidak sangka, saya selamat sampai dan masuk ke rumah, makan dan tidur, rupan-rupanya rumah jiran yang amat rapat dengan Mak dimasuki perompak sekitar jam 3-4 pagi, waktu hampir masuk Subuh operasi rompakan berlaku.

Kawasan TTS adalah kawasan yang kurang selamat, bermacam-macam kes berlaku. Walaupun balai Polis baru dibina di dalam kawasan TTS. Boleh dikatakan lebih dari tujuh buah rumah telah dimasuki perompak. Yang paling hampir dengan rumah Mak pun sudah dimasuki. Jiran sebelah kanan, sebelah kiri dan jiran yang depan sikit semuanya sudah dipecah masuk perompak.

Tergamam apabila setiap kali Mak memaklumkan peristiwa-peristiwa pahit itu berlaku berhampiran dengan rumah Mak, memandangkan Mak kini lebih banyak tinggal keseorangan di rumah.

Apa pun saya bersyukur kerana Mak masih selamat. Rumah itu akan dikunci rapi insyaAllah.

Doa menjadi pendinding segala kejahatan dan kerakusan Syaitan durjana, Jin mahupun Manusia.

“Bacalah, doalah dan haraplah pada Allah yang Esa”.

Advertisements
By bahteradakwah

2 comments on “Tergamam dan Syukur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s