Gaza..Kemenangan Pasti Jelma

Kesan pengeboman ke atas Gaza 2008

Kesan pengeboman ke atas Gaza 2008

Setelah berlalunya setahun peperangan “al-Furqan” antara rakyat Palestin di Gaza dan tentera Israel yang bermula pada 27 Disember 2008, kini musuh Islam itu semakin menunjukkan taring kuasanya dengan mengarahkan republik Arab Mesir (secara diam) menanam besi keluli sedalam 30 meter sepanjang sempadan Mesir – Gaza. Semua itu bersandarkankan kepada alasan yang amat mendukacitakan dunia Islam. Dengan alasan yang tidak langsung dapat diterima akal, Mesir meyakinkan dunia dengan mendakwa penanaman besi itu adalah bertujuan agar tidak berlaku kemasukan rakyat Palestin di Gaza secara haram ke Mesir atau ingin menyekat sebarang penyeludupan samada barang makanan, ubat-ubatan dan lain-lain keperluan.

Akal manusia yang normal tidak dapat menerima hakikat ini. Bayangkan Gaza dalam keadaan sekarang yang udaranya dikawal Israel, lautannya dipenuhi armada laut Israel, darat sebelah utara dikawal Israel, timurnya Israel juga, selatannya Mesir, manakala baratnya adalah lautan. Apakah cara terakhir mereka meneruskan kehidupan? Sudah tentu terowong bawah tanah adalah jawapan.

Syeikh Zindani

Syeikh Zindani

Sudah pasti Gaza kini digelar penjara terbesar dunia. Syeikh Abdul Majid al-Zindani (Rektor Univ al-Iman, Yaman) mempersoalkan apakah hak seorang Muslim itu mengepung saudara se-Muslimnya? Kenapa perlu membina dinding bawah tanah ini? Maslahatnya untuk siapa? Tambah beliau, pemuda yang mengenal akan hakikat Iman, Ibadah, Taat dan Jihad mereka adalah pemuda yang paling kuat yang tidak gentar kecuali kepada penciptanya.

Tembok bawah tanah ini juga akan melenyapkan serta merta peluang pencarian oleh rakyat Palestin di Gaza, semuanya menjadi serba sukar, kerana antara projek yang wujud kini adalah laluan air bawah tanah di jalur Gaza, ia juga akan menjadi pembunuh secara senyap dan memakan masa yang lama, akhirnya akan menjadikan Gaza kubur terbesar di dunia.

Kerja-kerja penanaman besi keluli sedang dijalankan oleh pihak Mesir tanpa belas kasihan

Kerja-kerja penanaman besi keluli sedang dijalankan oleh pihak Mesir tanpa belas kasihan

Jika projek ini selesai, maka Hosni Mubarak akan diiktiraf Israel sebagai pemimpin paling berjaya dalam sejarah negara-negara Islam

Jika projek ini selesai, Hosni Mubarak akan diiktiraf Israel sebagai pemimpin paling berjaya dalam sejarah negara-negara Islam

Rasulullah saw bersama para sahabatnya pernah dikepung selama tiga tahun oleh kafir Musyrik, sesungguhnya natijah daripada kepungan itu telah lahir pemimpin yang membuka kota-kota besar untuk kemenangan Islam. Yang penting adalah kesabaran dan Thabat di jalanNya, sokongan daripada kaum Muslimin juga adalah antara faktor kemenangan ini, sudah pasti siapa yang mendaftarkan dirinya dengan barisan ini, dia akan mendapat sijil “Mujahid” daripada Allah swt. Sijil yang tidak sukar untuk diperolehi, yang paling minima adalah dengan menyumbangkan “doa” untuk mereka di sana.

“Gaza..Kemenangan pasti jelma”.

Advertisements
By bahteradakwah

One comment on “Gaza..Kemenangan Pasti Jelma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s