Ukhuwah Islamiah

“Ukhuwah Islamiah”… Sesungguhnya lafaz ini amat mudah untuk diucap oleh sesiapa sahaja dan ia juga selalu diucap kerana keMUDAHannya.

Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w menyatakan :

المسلم أخو المسلم

Ertinya : Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain

Allah s.w.t berfirman dalam al-Qur’an :

انما المؤمنون اخوة

Tafsirnya : Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara

Pada hakikatnya hadith dan ayat al-Qur’an ini agak panjang, tetapi saya sekadar menyebut Syahidnya sahaja. Ukhuwah adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab, akan tetapi penggunaanya secara meluas dalam bahasa Melayu juga amat masyhur, sehinggakan ia dianggap sebagai salah satu daripada bahasa Melayu. Semua kita memahami maksud perkataan itu, iaitu ‘persaudaraan’.

Seperti yang dinyatakan di atas, menyebutnya adalah mudah, memahaminya juga agak mudah, akan tetapi yang susahnya adalah mengamalkannya.

Tidak ramai manusia yang mampu menghubungkan Silaturrahim, apatah lagi menjaganya. Cuma apabila ada kepentingan-kepentingan tertentu sahaja barulah ukhuwah itu dijaga dengan rapi. Kesukaran menjaganya adalah kerana ia tidak menunjukkan habuan yang nyata, oleh kerana itu mereka yang berkepentingan sahaja yang sanggup tersenyum (tersengeh) dengan orang lain kononya menjaga ukhuwah, perkara ini berlaku kepada mereka yang kurang imannya kepada janji Allah s.w.t. Lebih dahsyat lagi apabila seseorang itu sanggup menggadai prinsipnya demi menjaga ukhuwah, itupun masih belum pasti gadaiannya itu ikhlas kerana Allah atau kerana dunia yang diinginkannya.

Walaupun seagama, tetapi dek kerana berlainan fahaman dan pembawakan, ukhuwah ditinggalkan. Sedangkan melaungkan ukhuwah itu amat mudah dibibirnya. Marahkan individu seagama kerana berlainan fahaman, sedangkan sang manusia yang tidak meletakkan Allah s.w.t dan Rasul s.a.w sebagai tujuan tidak menjadi “halangan” untuk diletakkan landasan ukhuwah di hadapannya. Kalaulah begini, di manakah “Ukhuwah Islamiah” itu?

“Kan kita sesama Islam, Walaupun Engkau ada maksiat dan kesalahan dengan manusia juga Tuhan, adakah Aku sesuci salji yang diturunkan Tuhan? Jawapannya kita sama berdosa, cuma mungkin Aku lebih cepat sedar akan kesalahan dan Engkau masih bergelumang dengan maksiat dan dosa, bukan hanya kepada Tuhan bahkan juga manusia. Hakikatnya kita sama-sama berdosa, cuma pintu neraka lebih jelas di hadapan mata Aku berbanding Engkau, oleh yang demikian Engkau masih dengan kelekaan Engkau”. Aku mengungkapkannya untuk mengingatkan diri sendiri.

Walau besar mana pun dosanya, dia tetap Muslim, tidak pernah keluar dari bibir “Aku benci Islam” atau “Aku keluar dari Islam” atau lain-lain perkataan yang memurtadkannya. Maka selagi itu yang terjadi dan tidak lebih dari had yang ditetapkan Islam, maka Ukhuwah Islamiah wajib dijaga dengan baik agar agama Islam di Malaysia terjamin kekal selamanya sebagai agama rasmi. Lantas kita sebagai pejuang Islam hanya akan bekerja untuk menegakkan hukum Syara` sebagai hukum utama yang mesti dilaksanakan di bumi ini. Tidaklah kita terpaksa bekerja dua kali seperti rakan-rakan kita di Singapura (sekadar contoh), yang mana kerja pertama mereka adalah membebaskan tanah air daripada pemerintahan Kuffar (dalam bahasa lembutnya BUKAN ISLAM) yang keduanya berjuang menegakkan hukum Syara` sebagai hukum yang utama sebgai mana kita di Malaysia perjuangnkan. Semua itu adalah kerana kelemahan bangsa kita mempertahankan tanah air sendiri yang bertunjangkan ISLAM.

Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar, marahkan perjuangan yang tidak sehaluan maruah bangsa dan agama tergadai. Berjuanglah dengan wasilah yang halal, semoga Ukhuwah Islamiah dijaga Islam tetap terbela.

Advertisements
By bahteradakwah

One comment on “Ukhuwah Islamiah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s