Pandangan ISMA terhadap isu penahanan Dr Asri


PDF Print E-mail
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengikuti perkembangan isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini dengan penuh bimbang. Penahanan beliau yang disensasikan oleh media itu telah menyerlahkan wajah sebenar persengketaan antara aliran pemikiran dan politik orang Melayu Islam di negara ini, sehingga meletakkan imej umat Islam dalam konteks pentadbiran agamanya di mata bukan Islam sebagai sesuatu yang boleh diperlekehkan.
Isu ini sebenarnya tidak lahir dan tidak panas secara tiba-tiba dalam jangka masa sehari semalam, sebaliknya ia merupakan kemuncak kepada konflik antara aliran-aliran pemikiran yang sudah berlanjutan sejak sekian lama. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang dilihat hanya mengikut rentak rancak media yang mencari berita hanya memburukkan lagi keadaan. Kesannya ialah mencalarkan imej umat Islam dan Melayu yang seharusnya menjadi contoh kepada bangsa lain di negara ini.
Sehubungan dengan itu, ISMA menyeru semua pihak agar:
1. Berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan media dan tidak mudah terperangkap dalam sentimen sempit agar hubungan sesama muslim terjaga dan terpelihara dalam suasana kasih sayang dan hormat menghormati.
2. Tidak membawa perbezaan pendapat dan aliran pemikiran dalam agama ke peringkat persaingan yang tidak sihat dan mengambil tindakan-tindakan yang memalukan umat Islam sendiri berasaskan dorongan emosi melampau. Segala perbezaan pendapat dan aliran pemikiran ini seharusnya ditangani dengan matang dan mengikut lunas-lunas yang ditentukan oleh Islam.
3. Mengutamakan usaha menambah baik jentera pentadbiran dan peruntukan undang-undang Islam serta penguatkuasaannya, agar tidak menjadi bahan jenaka dan polemik yang tidak berkesudahan. Semua pihak harus rasa bertanggungjawab dalam hal ini dan tidak mudah menyalahkan pihak lain dengan sewenang-wenangnya.
4. Tidak membenarkan mana-mana parti politik menangguk di air yang keruh, sehingga menenggelamkan rasional dan kejujuran terhadap agenda pembangunan bangsa, melalui kenyataan-kenyataan yang menjurus kepada perbincangan yang tidak produktif dan tidak menguntungkan bangsa.
Ikatan Muslimin Malaysia
Bandar Baru Bangi
5 November 2009
Sumber : ISMAweb
Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s