Apa Selain TAZKIRAH ?

green2

Ramadhan hadir dengan penuh CERIA..Ramai orang terpanggil untuk menganjurkan program berbentuk keagamaan tidak kira samada di surau, masjid atau di pejabat masing-masing.

Sekali pandang boleh dikatakan semuanya menjemput para “asatizah” untuk menyampaikan TAZKIRAH dan tidak lebih daripada itu.

Termasuklah saya antara orang yang dijemput untuk menyampaikan tazkirah ringkas sempena bulan Ramadhan. Walaupun tak banyak tempat yang saya kunjungi, akan tetapi satu persoalan yang saya sendiri tidak mampu untuk menjawabnya “Apakah yang boleh diisi selain daripada Tazkirah ?”.

Bukan tidak setuju dengan tazkirah, cuma apabila melihat kepada sikap masyarakat yang setelah selesai mendengar tazkirah, mereka tetap dengan cara mereka, mungkin ada segelintir yang apabila mendengar tazkirah mereka akan berubah, walaupun sedikit tetapi itu sudah memadai.

Malu juga saya pada diri sendiri apabila mulut sudah berbuih mengeluarkan kata-kata yang mengingatkan diri sendiri dan masyarakat, tetapi apakah kesannya ?

Bila terfikir sejenak, jemputan untuk ceramah di sana, tazkirah di sini.. rasa macam artis pula. Tidak dinafikan itu semua adalah perkara yang mesti dilakukan oleh pendakwah, akan tetapi kesan daripada itu..Apa..?

Mungkinkah ada cara lain yang lebih berkesan untuk diisi selain daripada tazkirah, tambahan pula pada waktu antara solat Tarawih? Dalam masa yang sama saya tidak menolak dan menafikan firman Allah swt yang bermaksud “Dan berikanlah peringatan kerana ia akan memberikan manfaat kepada orang Mu’min” (al-Zariat : 55).

Mungkin ada surau atau masjid yang menganjurkan nasyid atau lakonan ringkas yang dipersembahkan oleh wakil penduduk sendiri sementara rehat untuk menyambung rakaat dalam solat Tarawih berikutnya. Agak pelik jika dibuat, tidak munasabah, kurang sesuai sebab dalam surau atau masjid. Tetapi itu sebagai lontaran idea.

Persoalannya “Apakah Selain TAZKIRAH?”.

Advertisements
By bahteradakwah

One comment on “Apa Selain TAZKIRAH ?

  1. kalau s.nuruddin, di smpg ceramah dan tazkirah dia akan jamaah bca yasiin, selawat, zikir atau membaca hizib…mgkn ini antara alternatif yg boleh para dai’ lakukan. bak kata s.majid, mengaji itu bagus, ttp jgn lupa amalannya pula……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s