Bahaya Jika Tidak Selidik

Ramai bukan Islam mahu jadi calon PAS
Ogos 15, 09 9:44pm

PAS merancang mengemukakan lebih ramai calon bukan Islam, khususnya anggota Kelab Penyokong PAS (KPP), dalam pilihanraya umum akan datang – perkembangan yang akan membuka dampak menarik di kalangan pengundi pelbagai kaum di negara ini.

Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata, dengan pendekatan baru ini, dipercayai ramai bukan Islam akan bertanding atas tiket parti itu.

Akhbar rasmi PAS Harakahdaily melaporkan, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara dan parti itu juga sedang menyemak perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.

Berucap ketika di seminar membahas ucapan dasar presiden parti peringkat Pulau Pinang hari ini, Mustafa berkata pada pilihan raya umum lalu perkara ini tidak diputuskan lagi walaupun ada permintaan bertubi-tubi daripada bukan Islam.

“Pada pilihan raya umum akan datang PAS bercadang membenarkan ahli KPP yang diamanahkan bertanding menggunakan lambang bulan purnama. Walaupun ia masih dalam perancangan, namun saya yakin ia akan menjadi kenyataan,” beliau dipetik berkata ketika membentangkan kertas kerja ‘Islam Pemimpin Perubahan’ di Butterworth.

Tahun lalu, seorang ahli KPP ingin bertanding atas tiket PAS di Johor tetapi gagal, sebaliknya setelah perundingan, anggota itu dibenarkan menggunakan lambang PKR.

Permintaan bukan Islam untuk menjadi calon PAS, kata Mustafa lagi, menunjukkan sokongan mereka terhadap parti itu ekoran rasa tidak percaya terhadap Umno dan BN.

Bekas pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS itu juga dilaporkan berkata, melihatkan senario sedemkian, parti itu amat memerlukan ahli yang kreatif bagi menjulang imejnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

“PAS amat memerlukan ahli yang kreatif kerana sikap itu dapat menjulang nama PAS pada masa depan,” tegasnya di depan kira-kira 100 peserta.

Majlis itu dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir yang akan bermula Isnin ini.

Berita dipetik daripada :

http://www.malaysiakini.com/bm

Komen Saya :

“Sekali imbas memang nampak macam PAS semakin maju dalam arena politik kerana penerimaan bukan Islam kepada partinya. Akan tetapi jika PAS tidak selidik dengan mendalam maksud dan tujuan bukan Islam bersama-sama partinya, sudah tentu perjuangan PAS akan tersasar daripada objektif penubuhannya.

Pada pandangan saya kenapa orang bukan Islam nak berada dalam PAS ? Sedangkan mereka boleh bersuara membawa mesej mereka dalam parti-parti pakatan yang lain seperti PKR dan DAP, atau dalam BN sekalipun begitu.

Adakah PAS melihat apabila orang bukan Islam bersama-sama PAS mereka akan menyuarakan tentang agama ISLAM ? Paling hebat pun mereka akan menyentuh soal keadilan dan kemanusiaan, bagi saya jika sekadar itu sahaja, kenapa perlu bersama-sama PAS, dalam parti lain pun mereka boleh buat begitu.

Atau adakah di sana terdapat tujuan lain mereka bersama-sama PAS ? Hati kecil saya bertanya, adakah kebersamaan orang bukan Islam bersama-sama PAS hanya sekadar untuk mengikat pandangan PAS yang Pro-Islam daripada melaksanakan syariat Islam yang selama ini disuarakan PAS ? Atau supaya PAS apabila menang besar nanti jangan lupa jasa mereka yang bukan Islam yang banyak menyumbang kepada PAS. Kalau kerana itu, lebih baik PAS jangan beri ruang kepada mereka yang bukan Islam, tenaga ahli PAS yang Islam pun masih belum habis dicungkil oleh parti untuk untuk menabur bakti, lagipun ahlinya yang beragama Islam bukanlah tidak kreatif, bahkan lebih hebat daripada mereka yang bukan Islam.

Jika niat pemimpin PAS nak berdakwah kepada bukan Islam dengan cara demikian, saya rasa ia tidak begitu sesuai. Menjadikan orang bukan Islam sebagai ahli adalah sesuatu yang menakutkan, kerana mereka kelak akan mempunyai suara dalam parti.

Persoalannya, sejauh manakah “had suara” yang diberikan kepada calon yang bertanding atas nama dan lambang BULAN PURNAMA ?”

Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s