Budi Bahasa Budaya Kita

Terkejut saya apabila berita mengenai beberapa kerat ahli DAP yang “karat” berani mengutuk peribadi muslim. Mereka tidak hanya menghentam peribadi, bahkan agama yang dianutinya pun dimaki dan dihamun dengan tanpa ada batasan lagi.

Kini dicorong radio, dikaca TV sering diperdengarkan kepada kita lagu “Budi Bahasa Budaya Kita” yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Adakah lagu itu hanya didengari oleh orang Melayu Islam sahaja ? Adakah kata ganti nama “kita” yang disebutkan dalam lirik lagu itu hanya orang Melayu Islam sahaja ? Budi bahasa hanya ada dalam bangsa Melayu Islam sahaja ?

Manakan tidak, apabila dikutuk dan dimaki, apabila soal agama Islam disentuh dan dicabul, umat Islam akan berkata, “Mereka ini tak hormat agama dan budaya berbilang kaum dalam negara”. Memang Melayu Islam ini begitu budi bahasa. Paling keras yang saya pernah dengar adalah penjelasan yang dibuat oleh beberapa individu yang pro-UMNO. Boleh baca dalam akhbar Utusan. Inilah masalahnya, apabila orang pro-UMNO buat kenyataan ia akan mendatangkan persepsi perkauman, maka kenyataan itu hanya akan digambarkan sebagai kenyataan yang berbaur “Ampu”. Manakala kalau yang marah itu daripada ahli PAS maka ia akan disalah tafsirkan pula oleh penyokong parti itu yang berbangsa bukan Melayu Islam.

Persatuan Ulama’ Malaysia juga melalui SUA nya pun ada keluarkan kenyataan kesat marah kepada ahli-ahli DAP ini, siapa lagi kalau bukan Dr. Roslan Mohd Nor. Itupun masih lagi penuh dengan “Budi Bahasa..”.

Bayangkan kalau yang maki itu adalah masyarakat Islam yang hidup di dalam negara China atau India atau Thailand atau lain sebagainya yang majoriti masyarakatnya terdiri daripada mereka yang KAFIR -terhadap agama selain Islam ? Saya pun tidak mampu hendak gambarkan apakah bentuk penyeksaan yang akan dikenakan.

Bukan ingin membalas dendam, akan tetapi Islam tetap Islam, wajib dibela oleh orang yang beriman dengannya apabila ia dikutuk dan dimaki. Begitu juga peribadi muslim yang dikutuk dan dimaki, wajib kita membelanya tanda ukhuwwah Islamiyah. Kasihan saya pada Dr. Ridhwan Tee, yang akhir-akhir ini dicop sebagai pengampu UMNO, sedangkan pendirianya amat menentang cara kuku besi UMNO itu.

Anda sudah tentu pernah mendengar kisah seorang wanita muslimah yang diaibkan oleh orang-orang Yahudi / Nasrani (penulis kurang pasti) pada zaman Khalifah Muktasim.

Apabila berita penghinaan itu sampai ke telinga Khalifah, lantas sahaja sang Khalifah bangun memberikan arahan kepada 30,000 bala tenteranya untuk menyerang mereka yang melakukan perkara yang aib tersebut.

Kini Islam di sana dan di sini semuanya dihina, dimaki, wanita muslimah dirogol (walaupun bukan di Malaysia) dan bermacam-macam lagi penganiayaan, wira Melayu yang mengaku wira, jaguh Melayu yang mengaku jaguh, sepi sahaja hanya mampu meminta ahli DAP itu menarik balik kenyataanya. Lebih malang apabila ada yang senyap sunyi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan samada menyokong atau mengutuk.

Bahkan lebih-lebih malang apabila ahli DAP ini enggan berbuat demikian. Tidak mengapa kita hanya memohon sahaja, tidak lebih daripada itu, lagipun kita adalah bangsa yang berbudi (tunduk dan hangguk). “Malang!!!”..

Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s