“Mengangkat Martabat Bangsa”

Satu seminar akan diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi yang bertemakan “Mengankat Martabat Bangsa”, pada 1 Ogos 2009 jam 8.00 pagi. Antara Panelisnya adalah Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Saya terfikir dari sudut manakah martabat bangsa itu akan diangkat ?

Sejarah telah menceritakan bagaimana bangsa Arab begitu hinanya mereka sebelum kedatangan Islam. Tatkalah ada dikalangan mereka yang bertawaf di sekeliling Ka`bah dalam keadaan “bogel”, wanita pada zaman itu diibaratkan sebagai jantina yang membawa kepada ke”sial”an dan bermacam-macam lagi.

Bangsa Melayu yang beragama Islam kini berada dalam keadaan yang amat “dha`if” jika boleh saya sebutkan begitu, ini kerana beberapa sebab yang boleh digariskan :

1. Budaya berpecah belah.
2. Budaya berhibur (keterlaluan).
3. Pentingkan diri sendiri.
4. Tidak memahami sejarah yang sebenar.
5. Memahami Islam dengan cara yang tidak Syumul.

Dan banyak lagi jika ingin tuan-tuan gariskan, saat ini saya hanya teringat lima noktah sahaja.

Jika dinilai kembali, noktah yang paling bahaya adalah budaya hiburan melampau.

Ketika ini saya menggambarkan Melayu berada dalam zaman Jahiliyyah yang lebih dahsyat daripada Jahiliyah zaman Arab Quraisy.

Oleh yang demikian, martabat bangsa mestilah diangkat dari sudut kesedaran agama dahulu.

Mungkin tuan-tuan ada pandangan lain ?

Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s