Untuk Apa Orang Melayu Berpolitik ?

Sudah sekian lama saya tidak menulis dek kerana kekurangan idea dan masa. Idea bukanlah kering sangat, tetapi apa yang ingin dibahaskan sudah disentuh oleh mereka yang lebih kreatif membahaskan isunya.

Persoalan yang timbul adalah ‘untuk apa orang Melayu berpolitik ?’ Jika diimbas dengan cara kasar, orang Cina agak cerdik ketika menjejakkan kaki ke arena politik. ketika melihat rakan mereka sebangsa yang teraniaya semuanya bangkit dengan penuh ammarah menonjolkan kebencian terhadap musuh bangsa mereka.

Orang India pun mula terikut-ikut dengan trend itu, lantas mereka juga ingin menunjukkan taringnya dengan memberontak mempertahankan tanah Kg. Buah Palah (hanya satu contoh).

Melayu ? Apakah tindakkan yang ditunjukkan apabila maruah dan nasib mereka tercalar ?

Saya tidak bercakap dalam lingkungan kepartian, akan tetapi saya bercakap pada ruang lingkup yang lebih luas. Cuba kita perhatikan apabila individu daripada bangsa Melayu yang tercemar, bangsa ini diam seribu bahasa, tiada siapa yang bangun bersuara, apabila bersuara pun itu adalah daripada mereka yang mewakili parti politik UMNO. maka dengan itulah apabila sesiapa yang membela nasib Melayu semuanya akan dilebel sebagai UMNO atau penyokong UMNO.

Masakan tidak begitu, kerana mereka yang mewakili parti politik Islam, tiada yang bersuara, amat memalukan, isu bangsa dan agama pun di”tempurung”kan juga oleh orang Melayu.

Cina dan India seolah nampak berpecah, akan tetapi mereka bersatu mempertahankan nasib dan maruah bangsa mereka.

Melayu tiada yang berani kehadapan, kalau melangkah ke hadapan sekali pun, dia akan dilebel sebagai UMNO atau pro-UMNO.

Kenapa begitu ? Adakah UMNO benar-benar memperjuangkan Melayu, jawapannya sudah tentu tidak, akan tetapi kerana tiada siapa yang lantang daripada kalangan pro-Islam yang membelanya, maka itulah yang berlaku.

Allah yang maha mengetahui siapa yang ikhlas. Bumi ini milik siapa ? Sudah tentu sejarah akan menjawab dengan lantang… “Melayu”.

Turkistan Timur telah dijajah oleh bangsa Cina, mereka dikenali dengan etnik Uighur.

Semasa saya belajar di Yaman, ramai pelajar daripada negara China, tapi mereka berbangsa Uighur, mereka selalu meluahkan kepada rakan daripada negara lain bahawa bangsa Cina adalah satu bangsa yang amat bahaya, ini kerana mereka sedang merasai ke”bahaya”an itu, oleh yang demikin mereka langsung tidak gembira apabila mereka dapat tahu yang rakyat Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum termasuk Cina. kata mereka, lebih baik kami balik ke Turki daripada balik ke China apabila tamat belajar, munasabahnya adalah kerana ada yang akan ditangkap di lapangan terbang apabila sampai di China.

Rakan saya daripada Sri Lanka pun begitu, riwayat mereka jika berlaku pertumpahan darah antara LTTE dan tentera kerajaan, yang jadi mangsa adalah penduduk Islam yang tidak menyokong mana-mana pihak.

Di mana sahaja Muslim di situlah akan berlakunya pertumpahan darah dan kesengsaraan.

Jangan sampai apa yang berlaku di China dan di Sri Lanka akan berlaku pula di Malaysia. Malangnya yang membela kaum Cina dan India (bukan Islam) adalah Melayu itu sendiri. Adapun Melayu sudah pasti tidak akan dibela oleh kaum Cina dan India.

Mereka kata Anwar Ibrahim dibela oleh Cina dan India. Soalan saya, berapa ramai daripada bangsa itu yang bermandi darah membela Anwar Ibrahim ? Berapa ramai daripada kalangan mereka yang ditangkap kerana Anwar ? Mungkin dalam sejuta hanya satu, saya berani katakan begitu kerana bangsa itu pandai menggunakan kesempatan, mereka hidup adalah untuk “hidup”, Melayu hidup adalah untuk mati, kerana itulah Melayu yang bangkit menentang kezaliman ketika itu. Melayulah yang tidak tidur malam kerana Anwar Ibrahim. Cina dan India sebok dengan perniagaan mereka. Tetapi apabila parti yang ditubuhkan Anwar itu menonjol maka berpusu-pusulah Cina dan India mengambil bahagian dalam jawatan tertinggi pati itu. Apa halnya dengan mereka? siapa yang terhidu asap pemedih mata FRU ? Siapakah yang ditangkap ? Tuan-tuan boleh lihat kronologi kisah penangkapan Anwar, bahkan tuan-tuan lebih arif daripada penulis.

Melayu adalah pejuang, bangsa lain yang untung.

Kalau dulu Melayu yang menghalau penjajah Inggeris, Cina dan India sebok dengan hal duniawi, kemudian Melayu bangun menentang kezaliman Mahathir, Cina dan India hanya melihat di tingkap-tingkap pasaraya besar mereka.

Kini Melayu bangkit habis-habisan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kita akan saksikan nanti berapa ramai muka-muka daripada bangsa Cina dan India yang akan turut serta menentangnya pada 1 Ogos ini (2009)

Untuk apa orang Melayu berpolitik jika bangsa dan agama sendiri tergadai ?

(Tulisan ini bukan untuk menghasut, tetapi hanya untuk berkongsi kesedaran, itulah hakikat menjadi penulis).

Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s