Lagi Sebulan

Tolak bulan Rejab maka tinggal lagi sebulan sahaja lagi kita akan menemui Ramadhan al-Mubarak. Apakah persediaan kita sebagai umat Islam? jika dihitung pahala dan dosa, sudah pasti dosa akan melebihi pahala yang dicari. Masa semakin berlalu, usia semakin meningkat. jika kita telah menjangkau umur 25 tahun, maka kita akan dapat anggarkan bahawa umur kita hanya berbaki lagi 25 tahun untuk hidup dan mengumpul bekal bertemu Allah s.w.t.

Tidak hairan dengan kiraan umur sebegitu, siapakah yang menyangka raja pop masa kini Jackson akan kembali buat selama-lamnya pada usia 50 tahun? Dunia semua terkejut dengan berita itu. Dia seorang yang amat kaya, dengan wang dan harta yang dimiliki tidak mustahil untuk beliau membelanjakanya sebanyak mungkin untuk memanjangkan tempoh hayatnya. Akan tetapi alam “Ghaib” terlebih dahulu memanggilnya.

Adakah kita yakin dengan usia kita? Berapa lama lagikah kita akan hidup? Adakah kita sempat bertemu dengan Ramadhan? Sedangkan ianya lagi sebulan (jika ditolak bulan Rejab).

Semoga segalanya diberkati Allah s.w.t..

“Ya Allah..Jejakkan kaki kami ke dalam bulan Ramadhan”

By bahteradakwah