Apabila Syeikh al-Azhar bersalaman dengan Presiden Israel

Dunia Islam semakin haru-biru apabila berita seorang tokoh yang dianggap hebat oleh ilmuan Islam besalaman dengan orang yang paling dibenci oleh para penganut Islam (pada Muktamar Tamadun di New York baru-baru ini). Pelik dan janggal bila ditanya kepadanya, dia dengan tenang menjawab “saya tidak mengenali peribadi Perez (Presiden Israel)”.

Takkan tokoh agama yang diangkat, hebat dalam bidang ilmu, dianggap banyak membaca, tiba-tiba terlepas pandang pada isu yang paling hangat, mungkin tak sempat membaca atau mendengar berita atau menatap gambar tokoh yang paling dibenci oleh Muslimin seluruh dunia itu.

Kepada siapa kita nak harapkan kalau Syeikh al-Azhar pun buat tak tahu sahaja dengan hal ehwal Palestin ini, bahkan lebih dahsyat ianya isu seluruh umat Islam.

Bukan tiada tokoh ilmuan Islam hebat lain yang hendak kita harapkan, tetapi disebabkan dia memegang gelaran nombor satu di universiti tertua di dunia, maka seolah-olah kita meletakkan harapan yang tinggi kepadanya.

Siapa yang jahil? Adakah kita atau dia? Dunia Islam semakin bergelap dalam kejahilan. Masyarakat jauh daripada ilmu, ulama’ pula semakin jauh dengan amal dengan ilmu.

Mungkin kerana Syeikh al-Azhar selalu ingat pada pepatah Melayu ”tak kenal maka tak cinta”, dek kerana itu dia tidak mahu kenal Shemon Perez takut-takut jatuh cinta.

Tetapi tindakan Erdogan memang dahsyat..


Abu `Ukasyah al-San`ani

Advertisements
By bahteradakwah

3 comments on “Apabila Syeikh al-Azhar bersalaman dengan Presiden Israel

  1. kadang2 tindakan seseorang mgkn menimbulkan fitnah dari khalayak, walaupun empunya diri punya seribu satu alasan……اللهم احفظنا, اللهم استرنا

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s