Di Manakah Kita??

Palestin oh Palestin..Banyak suara yang menentang kekejaman Zionis terhadap Palestin. Akan tetapi apa yang berlaku akan terus berlaku sehingga datangnya satu waktu penentuan kemenangan umat Islam di atas muka bumi ini.

Pasrah hanya pasrah, tidak mampu lebih daripada itu. Semua suara keluar dari benak kalbu menyatakan kebencian dan kemarahan, melalui slogan “hancur hancur..hancur Zionis” dan sepanduk kutukan.

Baru-baru ini pada hari jumaat saya menunaikan solat jumaat di salah sebuah masjid di Bandar Baru Bangi, amat menyedihkan apabila Khatib yang berkhutbah membuka lembaran khutbahnya dengan tajuk “Awal Tahun Mula Persekolahan” yang langsung tidak menyentuh isu Palestin yang saban waktu dibedil oleh tentera Zionis. Tertawa kecil saya dengan seorang sahabat yang sambil mengedarkan dan melekatkan poster Rapat Umum Selamatkan Gaza yang akan berlangsung pada esoknya.

Bisik hati kecil saya mungkin Imam akan baca Qunut Nazilah pada rakaat akhir solat sbentar nanti bagi menggantikan isi khutbahnya yang layu dan tidak bersemangat. Hati yang pilu dan resah dengan bedilan yang tiada hentinya daripada Zionis pengganas itu membuatkan saya tertunggu-tunggu rakaat terakhir solat. Malangnya Imam umpama tidak membuka TV di rumahnya atau menyelak helaian akhbar atau membuka corong telinganya untuk merasa sayu dengan bedilan roket Zionis itu ke atas bumi umat Islam Palestin.

Sekali lagi terlintas di hati saya, mungkin Imam ini hanya duduk di bilik mihrabnya sahaja menunggu waktu solat lima waktu bagi mengimamkan solat sehingga tidak sempat tahu akan hal-ehwal dunia.

Dulu masa saya di Yaman, apabila Amerika Syarikat menyerang Afghanistan diikuti dengan Iraq, masjid di kota Sana`a (ibu negara Yaman) tidak sunyi daripada mendoakan keselamatan kaum muslimin dalam Qunut Nazilahnya setiap solat lima waktu, bukan hanya pada solat subuh sahaja. Semua jema`ah yang mengaminkan doa terasa pilu dan sayu bahkan ada yang semangat ingin terus ke negara yang diserang untuk turut sama mempertahankan tanah air kaum muslimin itu.

Ingatlah, kerana doa hati-hati kita akan terasa hampir, bukan sahaja hampir dengan Maha Pendengar, akan tetapi terasa hampir juga dengan nama-nama orang yang disebut dalam doa itu (samaada sebutan secara umum atau khusus). Mungkin kerana kelalaian para orang yang sepatutnya mengingatkan masyarakat menyebabkan rakyat Malaysia khususnya Muslim lupa akan Allah.

Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s