PERHIMPUNAN AMAN-PALESTIN

Perhimpunan Aman Palestin Selamatkan Gaza telah diadakan di Stadium tertutup Melawati Shah Alam pada 11 Januari 2009 (sabtu). penganjuran bersama pertubuhan bukan kerajaan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan menjemput seramai mungkin ahli pertubuhan, persatuan dan orang ramai untuk menyatakan bantahan dan kecaman terhadap serangan Zionis ke atas bumi umat Islam Palestin.

Aman Palestin dan ISMA buat pertama kali bekerjasama menjayakan program itu menyatakan rasa puas hati dengan sokongan kehadiran yang menjangkau 10,000 orang (mengikut kenyataan TV9 Malaysia).

Rapat Umum itu turut dihadiri oleh wakil PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa, wakil BN Dr Zambry dan wakil PKR Mustafa Kamil Ayub. Satu deklarasi telah dikeluarkan dan dibacakan oleh Usts. Abdullah Zaik Abd Rahman selaku Pengerusi Eksekutif Aman Palestin.

Laungan “Hancur Israel…Hidup Palestin” turut kedengaran. Sambil nasyid jihad yang menambah semangat juga disampaikan oleh penasyid solo Mu`az.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Negeri Selangor dan upacara membaling kasut serta konvoi berposter mengelilingi bandar Shah Alam.

Semoga semangat yang ada ini akan terus membara membakar kerakusan Zionis kejam. Niat yang ikhlas untuk membantu walau hanya dengan doa akan dibalas dengan pahala jihad insyaAllah.

Advertisements
By bahteradakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s